KL CHRONICLE: Kini @cmlimguaneng pula beri arahan kepada Ketua Polis Pulau Pinang @PDRMsia

Saturday, November 8, 2014

Kini @cmlimguaneng pula beri arahan kepada Ketua Polis Pulau Pinang @PDRMsia



Kerajaan Pulau Pinang meminta Ketua Polis Negeri tidak masuk campur terhadap isu pengharaman Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang diumumkan Kementerian Dalam Negeri, kelmarin.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, isu itu lebih kepada komunikasi kerajaan negeri dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang selama ini tidak pernah berlaku.



“Apa yang diperlukan adalah komunikasi dengan ROS, bukannya penglibatan mana-mana pihak termasuk Ketua Polis Ngeri. Kerajaan negeri inginkan kerjasama ROS (yang membatasi undang-undang) dan bukannya mahu adakan konfrontasi dengan polis.

“Ingin saya ingatkan, PPS adalah pertubuhan sukarela dan semua aset digunakan, adalah milik kerajaan negeri. Tiada aset didaftarkan di atas nama PPS,” katanya, semalam.

Kelmarin, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff mengisytiharkan PPS sebagai pertubuhan menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 dan segala akaun, aset, harta PPS diserahkan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia.

Guan Eng mendakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat pengumuman itu tanpa perbincangan atau siasatan dan menyifatkannya menyalahguna kuasa.

Katanya, Zahid dilihat mencabuli prinsip perundangan kerana menghukum tanpa perbicaraan.

“Kenyataan beliau disifatkan berniat jahat kerana dilakukan tanpa komunikasi dan siasatan. Ia dibuat tanpa menghormati serta mencabul prinsip undang-undang.  

“Ini kerana, PPS dihukum tanpa diberi peluang membela diri mahupun memberi penjelasan melalui perbicaraan. Ia jelas menunjukkan menteri berkenaan menyalahgunakan kuasa menghukum anggota PPS. Kerajaan negeri mengutuk kenyataan yang dikeluarkan itu kerana satu serangan bermotifkan politik ke atas kerajaan negeri dan PPS,” katanya.

Guan Eng berkata, kerajaan negeri akan berunding dengan barisan peguamnya untuk melaksana prosiding perundangan semakan kehakiman.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget