KL CHRONICLE: Ini Cabaran @mpkotabelud Kepada @Rafiziramli, Be A Man!

Saturday, November 8, 2014

Ini Cabaran @mpkotabelud Kepada @Rafiziramli, Be A Man!


Kami di #KLChronicle menyambut baik cabaran Datuk Abdul Rahman Dahlan terhadap Rafizi Ramli. Umum ketahui bahawa Rafizi Ramli kononya akan membongkar segala "penyelewengan" 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 10 November 2014 ini jika Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan tidak menceritakan jumlah hutang "sebenar" 1MDB. 



Untuk pengetahuan pembaca, hari ini Datuk Ahmad Maslan telah menghantar satu kenyataan media kepada BERNAMA dan kenyataan media tersebut adalah seperti berikut:

Kenyataan Akhbar

Seperti yang saya jelaskan di Parlimen pada hari Khamis 8 Nov 2014, jaminan Kerajaan yang dikeluarkan untuk 1MDB hanyalah sebanyak RM5.8 bilion.

Saya ingin memaklumkan di sini bahawa memang tiada surat yg membawa maksud kepada jaminan yang lebih daripada jumlah itu.  Kerajaan tidak ada lagi mengeluarkan sebarang jaminan selain rm5.8 billion untuk 1MDB atau anak-anak syarikat milik penuhnya, termasuklah untuk bon US$3 bilion. 

Sebagaimana yang dilaporkan dalam penyata tahunan 1MDB untuk tahun kewangan berakhir 2013, satu surat telah dikeluarkan sebagai pemegang saham tunggal 1MDB.  

Menurut syarat-syarat di dalam surat tersebut, sekiranya 1MDB tidak dapat membayar hutang berkaitan bon yang berkenaan, sebarang tuntutan terhadap Kerajaan (selain tuntutan terhadap 1MDB) hanyalah terhad kepada syarat-syarat yang dinyatakan di dalam surat itu sahaja, dan ini bukan merupakan jaminan Kerajaan. 

Terima kasih.

Datuk Ahmad bin Maslan`
Timbalan Menteri Kewangan


8 Nov 2014

Jika kita lihat keseluruhan kenyataan media Datuk Ahmad Maslan, ia telah terbukti bahawa segala yang diceritakan oleh Rafizi Ramli adalah fitnah semata-mata. Oleh itu, kami di #KLChronicle turut sama bersama-sama Datuk Abdul Rahman Dahlan mencabar Rafizi Ramli membuat Press Conference beliau diluar dewan Parlimen bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap beliau jika apa yang beliau katakan adalah fitnah dan berniat jahat.

Usah menjadi seorang pondan yang hanya berani didalam dewan Parlimen kerana terlindung oleh "immunity" parlimen tetapi tidak berani untuk ulang fitnah yang sama diluar dewan. Berani kerana benar! Jika pada hari Isnin ini Rafizi melakukan "pendedahan" beliau didalam dewan dan tidak berani ulang perkara yang sama diluar dewan. 

kita semua tahu bahawa ini hanyalah fitnah Rafizi, sama seperti fitnah beliau yang terdahulu kononya mempunyai maklumat penyelewangan menteri UMNO tapi sehingga hari ini tidak didedahkan. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget