KL CHRONICLE: @ahmadmaslan : Lawan Tetap Lawan! #DemiRakyat #1MDB

Thursday, November 13, 2014

@ahmadmaslan : Lawan Tetap Lawan! #DemiRakyat #1MDB


1. YB Pandan telah menulis surat kpd Speaker semalam 11/11/14 utk membawa saya kpd JKuasa Hak & Kebebasan kerana kononnya saya berbohong utk mengelirukan Dewan ttg jaminan bond 1MDB. Saya telah mengadakan sidang akhbar tghari ini 12/11/14 di Parlimen  utk menafikan tuduhan itu & telah menghantar surat kpd YB Speaker utk membuat penjelasan & penafian. Kemungkinan isu ini akan dibahaskan & akan ada pengundian belah bahagi.




2. Saya telah berbincang dgn YB Lenggong & YB Simpang Renggam utk membawa YB Permatang Pauh & YB Petaling Jaya Utara kpd JKuasa Hak & Kebebasan mengenai fitnah terhadap 1MDB. Mereka berdua sudah bersetuju & akan menulis surat kpd Speaker hari ini, 12/11/14.

3. YB Permatang Pauh pada 13/10/14 menuduh 1MDB mendapat satu projek rm3b dgn nilai rm11b secara runding terus. Sebenarnya tidak wujud satu projek rm3b, yg ada ialah satu projek janakuasa arangbatu di Negeri 9 yg dinamakan Projek 3B bukan nilainya rm3billion, dibuat secara tender terbuka yg diperolehi oleh 1MDB drpd Suruhanjaya Tenaga. Permatang Pauh juga menuduh penyenaraian 1MDB tahun hadapan sebagai satu bail-out walhal ia tidak benar sama sekali.

4. Semalam petang 11/11/14, YB PJ Utara menuduh yg anak-anak syarikat 1MDB tidak menfailkan laporan tahunan kpd SSM, Suruhanjaya Syarikat Msia. Walhal yg sebenarnya semua anak syarikat milik penuh 1MDB telah pun berbuat demikian. Ini satu lagi fitnah yg tidak benar utk memburukkan 1MDB.

Lawan tetap lawan. Lawan hingga menang. Kerana kita berlandaskan kebenaran. Tkasih
(Ahmad b Maslan, YB Pontian, TMK, 12/11/14)

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget