KL CHRONICLE: Penyokong @AnwarIbrahim Biadap, baling telur ke arah @PDRMsia

Wednesday, October 29, 2014

Penyokong @AnwarIbrahim Biadap, baling telur ke arah @PDRMsia

Polis cuba mengawal penyokong PKR dari melepasi pagar di luar Istana Kehakiman di Putrajaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 29 Oktober, 2014.


Penyokong Anwar Ibrahim pagi tadi telah bertindak biadap dan kurang ajar apabila membaling telur secara tiba-tiba menyebabkan suasana tegang antara kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan polis yang mengawal di luar perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya.

Difahamkan, berlaku perselisihan kecil secara lisan pada awalnya sehingga keadaan menjadi tegang dan penyokong dilihat membaling telur ke arah polis.

Balingan telur itu turut mengenai beberapa polis dan wartawan berhampiran kawasan kejadian.



Kumpulan itu juga dilihat cuba mengambil kesempatan dengan merempuh pintu pagar utama dalam kejadian kira-kira 2.25 petang, tetapi sempat dihalang polis.

Keadaan itu memaksa polis menambah anggota pasukannya mengawal ketat bahagian depan pintu pagar masuk Istana Kehakiman.

Unit ‎Simpanan Persekutuan (FRU) turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Difahamkan, perselisihan berpunca daripada desakan penyokong Anwar yang mahu masuk ke dalam khemah mencari tempat berteduh memandangkan cuaca ketika itu hampir hujan.

Polis pada mulanya enggan membenarkan mereka masuk walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan Haniza Talha cuba membuat rundingan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika ditemui pemberita berkata, khemah sepanjang 100 meter di hadapan Istana Kehakiman itu bukan milik polis atau pihak berkuasa lain.

Tetapi didirikan oleh penganjur majlis yang akan menggunakannya pada 8 dan 9 November ini.

Abdul Razak berkata, disebabkan itu pihaknya tidak ada kuasa memberi kebenaran menggunakan khemah kerana enggan bertanggungjawab jika sebarang insiden terjadi.

Namun, hujan lebat menyebabkan polis bertolak ansur dan membenarkan penyokong masuk untuk berteduh di bawah khemah.

Mereka dijangka akan terus menimbulkan kekacauan sehingga selesai prosiding kes Anwar pukul 6 petang ini sebelum bersambung esok pagi.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget