KL CHRONICLE: Nasrudin @Tantawi100 sedia berdepan @cmLimGuanEng di mahkamah isu terowong dasar laut

Thursday, September 4, 2014

Nasrudin @Tantawi100 sedia berdepan @cmLimGuanEng di mahkamah isu terowong dasar laut

Posting di Facebook Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan hari ini yang menyatakan kesediaannya berdepan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di mahkamah berhubung isu pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang. – Gambar Facebook, 4 September, 2014.



KLChronicle says : Best betul tengok puak DAP-PKR-PAS ni, dalam satu "pakatan" pun boleh saman sesama sendiri. Ni belum lagi jadi kerajaan persekutuan, nasib baik lah baru jadi kerajaan negeri. Itu pun di Selangor dah huru - hara. Macai-macai pakatan tak nak ke komen? kalau ada blogger pembangkang yang meroyan pun boleh la tulis artikel, kami di #KLChronicle nak tengok macam mana blogger pembangkang defend pemimpin mereka ini. 

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan hari ini menyatakan kesediaannya berdepan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di mahkamah berhubung isu pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang yang didakwa diberikan kepada sebuah syarikat secara rundingan terus.



Ahli Parlimen Temerloh itu berkata walaupun beliau sudah menjawab surat guaman yang diberikan Lim melalui peguamnya Wan Rohimi Wan Daud, namun ketua menteri Pulau Pinang itu masih berkeras meneruskan tindakan saman.


“Dua minggu lepas saya menerima notis daripada peguam Lim meminta saya memohon maaf dengan menyenaraikan pertuduhan dan mendakwa saya memfitnah beliau.


“Notis itu sudah saya jawab melalui peguam saya daripada Firma Guaman Tengku Amalin' A-Ishah Putri, Faizi dan Wan Rohimi.

“Kelmarin saya menerima saman daripada Lim. Insya-Allah saya sedia menghadapinya di mahkamah,” katanya menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Nasrudin awal bulan lalu mempersoalkan mengapa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikecam dalam projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) tetapi tindakan sama tidak diambil terhadap Lim dalam projek terowong dasar laut itu.

Katanya, projek berjumlah RM4.63 bilion itu dibiayai sepenuhnya kerajaan DAP Pulau Pinang dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.

Lim pada 9 Ogos lalu mendakwa sudah menghantar notis tindakan undang-undang kepada Nasrudin kerana gagal memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah. – 4 September, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget