KL CHRONICLE: Terdesak dan Biadap, @nSurendrann mahu PAS bersama DAP dan PKR sekarang

Wednesday, August 13, 2014

Terdesak dan Biadap, @nSurendrann mahu PAS bersama DAP dan PKR sekarang


Naib Presiden PKR, N. Surendran hari ini menggesa PAS supaya bersama dengan DAP dan PKR bagi menyatakan ketidak percayaannya terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.




"Memandangkan deklarasi sokongan UMNO terhadap Khalid, PAS tidak perlu menanti hingga 17 Ogos ini untuk bermesyuarat. PAS perlu bersama DAP dan PKR sekarang!" tegasnya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya tindakan Abdul Khalid memecat enam anggota Exco negeri merupakan serangan terang-terangan dan anti-perlembagaan ke atas Pakatan Rakyat di Selangor.

Surendran yang ahli Parlimen PKR-Padang Serai turut menyifatkan tindakan Abdul Khalid itu sebagai 'pengkhianatan paling teruk' dalam sejarah politik Malaysia kerana Pakatan Rakyat telah pun mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

"Khalid telah menunjukkan dia langsung tidak menghormati hak demokratik rakyat Selangor yang telah menyatakan pilihan mereka melalui peti undi," katanya.

Katanya PAS perlu berdiri bersama dalam menegakkan demokrasi serta menyelamatkan Pakatan Rakyat di negeri Selangor, dan tambahnya sebarang pilihan oleh PAS selain ini akan hanya merugikan mereka.

Abdul Khalid pada Sabtu telah memecatdua exco PKR dan tiga exco DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri.

Beliau menyatakan, semua surat yang dihantar kepada lima exco itu berkuat kuasa serta merta.

Ujar Khalid, surat juga sudah dihantar kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang meminta supaya exco berkenaan tidak meneruskan kerja Kerajaan Negeri Selangor.

Bagaimanapun, Abdul Khalid menyatakan masih belum menulis surat kepada ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail kerana berada di luar negara.

Terbaru, Sultan Sharafuddin telah punmemperkenan pemecatan lima Excokerajaan negeri daripada DAP dan PKR yang dibuat oleh Abdul Khalid.

Perkara itu disahkan beliau dalam satu sidang akhbar Abdul Khalid hari ini. Bagaimanapun kedudukan Rodziah masih belum ditentukan.


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget