KL CHRONICLE: Kini Pengendali Bas Dikehendaki Melaporkan Kemalangan Dalam Masa 2 Jam

Thursday, August 14, 2014

Kini Pengendali Bas Dikehendaki Melaporkan Kemalangan Dalam Masa 2 Jam



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengambil langkah proaktif bagi menyelesaikan masalah "unreported accidents" melibatkan pengangkutan awam seperti Bas Awam dan Bas Pelancong dengan mengeluarkan satu pekeliling [Bil 6, 2014] dimana kerajaan melalui SPAD telah mengarahkan semua pengendali berlesen kenderaan perkhidmatan awam perlu melaporkan kepada SPAD sekiranya kenderaan mereka terlibat dalam kemalangan. 


Antara "key points" pekeliling yang telah dikeluarkan oleh SPAD ini ialah:


1. Sekiranya kenderaan Pengendali Bas terlibat dengan sebarang kemalangan, Pengendali Bas diwajibkan untuk melaporkan kepada SPAD maklumat kejadian di talian Aduan SPAD (1-800-88-7723) dalam tempoh masa 2 jam.

2. Pengendali Bas hendaklah menyatakan kepada SPAD nama Pengendali Bas, nama pemandu, nombor kad pengenalan pemandu, nombor pendaftaran kenderaan, laluan, tarikh, masa dan lokasi kejadian semasa membuat laporan.

3. Keperluan melaporkan kemalangan seperti dinyatakan diatas ini dijadikan syarat am lesen Pengendali Bas.

4. Seksyen 22 (3) dan Seksyen 41 (3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 menyatakan bahawa sekiranya pengendali berlesen bas dan pemegang lesen bas persiaran gagal mematuhi syarat yang dikenakan pada lesen pengendali ataupun lesen bas persiaran masing-masing, apabila disabitkan kesalahan, boleh didenda tiadk lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.





Pada pendapat saya, pekeliling yang dikeluarkan oleh SPAD ini adalah tepat pada masanya kerana umum ketahui banyak kemalangan yang berlaku melibatkan kenderaan awam (Bas) mengambil masa yang lama untuk dilaporkan, seterusnya menyusahkan pihak SPAD  mengambil tindakan susulan.




Selain itu, pekeliling ini juga saya lihat sebagai satu langkah pihak SPAD untuk memastikan keselamatan penumpang terjamin. Ini kerana selepas ini syarikat perkhidmatan bas akan lebih serius dalam memastikan servis mereka  berada pada tahap yang memuaskan dimana ini merupakan satu perkara yang positif bagi rakyat. 




Saya berharap pada masa akan datang pihak SPAD akan mengeluarkan lebih banyak pekeliling sebegini yang akan menjaga kebajikan serta keselamatan rakyat yang menggunakan perkhidmatan awam. Insyallah.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget