KL CHRONICLE: PR Kini Buat U-Turn, Cari Calon Lain Pula Untuk Ganti @khalid_ibrahim

Saturday, August 2, 2014

PR Kini Buat U-Turn, Cari Calon Lain Pula Untuk Ganti @khalid_ibrahim

@rafiziramli gagal dalam "Langkah Kajang"
Pakatan Rakyat (PR) kini telah melakukan pusingan-U apabila sedang berusaha mencari calon alternatif kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan menteri besar Selangor, dedah seorang pemimpin tertinggi, satu langkah dilihat untuk memuaskan hati semua pihak.




Seorang pemimpin PKR sudah dikenal pasti tetapi tidak boleh dinamakan sehingga konsensus dicapai di antara PKR, DAP dan PAS.

Sumber memberitahu, nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali turut dicadangkan tetapi ditolak oleh hampir semua pemimpin PAS.

“Calon ketiga haruslah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR, pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang yang boleh diterima MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” kata sumber dan menambah, rekod pencapaian yang baik juga diambil kira.

Mata tertumpu kepada ADUN Melayu-Islam PKR Selangor yang dilihat rapat dengan Anwar.

Bagaimanapun sumber mendedahkan, Anwar yang juga ketua umum PKR kecewa dan tidak dapat menerima calon alternatif untuk jawatan menteri besar Selangor kerana masih memegang keputusan majlis pimpinan tertinggi parti untuk menggantikan Khalid dengan isterinya, Dr Wan Azizah.

“Namun, ini satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu dalam keadaan baik dan memenuhi kriteria ditetapkan iaitu dia haruslah daripada PKR, diterima Khalid dan juga Pakatan,” kata sumber itu lagi.

Sebelum ini Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan jika Khalid digantikan, ia mestilah daripada PKR dan bukan PAS kerana PKR mempunyai lebih ramai pemimpin yang berkelayakan.

Krisis menteri besar Selangor menimbulkan pergolakan dalam PR selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong secara terbuka agar Khalid kekal sebagai menteri besar sebelum parti itu berbincang pada 10 Ogos sama ada mahu menyokong isteri Anwar atau tidak.

Krisis bertambah buruk apabila perbincangan mesej kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang mencadangkan parti Islam itu keluar PR tersebar.

Perbincangan WhatsApp itu mendedahkan Dr Mohd Zuhdi Marzuki mencadangkan kemungkinan PAS bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dan pada masa yang sama mengekalkan Khalid sebagai menteri besar.

PAS sendiri berpecah dalam isu menggantikan Khalid dengan isteri Anwar Ibrahim kerana dua sebab: 

1. Khalid Ibrahim telah menunjukkan rekod cemerlang tanpa apa-apa kontroversi.

2. beliau tidak boleh membuat keputusan dengan telus dan adil kerana Anwar adalah suami dan penasihatnya.

Sokongan Khalid penting untuk memastikan beliau berundur secara terhormat tanpa memerlukan proses undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. – 2 Ogos, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget