Tuesday, August 5, 2014

Gambar Ahli Parlimen Kota Tinggi dan @YayasanMesra di Program "Ziarah Mesra, Jalinan Murni"

Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Datuk Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid merangkap Pengerusi Yayasan Mesra turut serta dalam menjayakan program 

Susulan daripada artikel saya yang bertajuk "Jom Kenali Yayasan Mesra, NGO yang Sentiasa Berkhidmat untuk Masyarakat" [Klik SINI] , hari ini saya ingin menceritakan sedikit sebanyak aktiviti Yayasan Mesara sepanjang bulan Ramadan yang lepas dimana secara puratanya Yayasan Mesra telah mengadakan program pada setiap minggu berlandaskan pada tiga teras utama iaitu:



1) Pendidikan
2) Kebajikan dan Kemasyarakatan
3) Kesihatan

Antara program yang "critical" dan memberikan impak yang tinggi terhadap masyarakat adalah program WALKABOUT “ZIARAH MESRA: JALINAN MURNI” KHAS RAMADHAN dimana program ini merupakan satu kerangka program yang memberi pendekatan “Mesra Bersatu Bersama Rakyat” untuk merealisasikan serta mendokong amanat YAB Perdana Menteri supaya usaha menjiwai rakyat sentiasa berterusan.   

Program ini  juga merupakan satu wadah komunikasi secara dekat di antara penduduk dan juga pemimpin tempatan seperti YB Datuk Noor Ehsanuddin serta mewujudkan hubungan integrasi diantara agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta penduduk tempatan melalui pendekatan “House to House”.

YB Datuk Noor Ehsanuddin dan wakil Yaysan Mesra mendengar secara direct permasalahan rakyat
Pada saya, pendekatan ini sangat baik kerana umum ketahui kebanyakan rakyat di Malaysia tidak "aware" dengan pelbagai bentuk bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan juga ada diantara rakyat yang "don't know" bagaimana untuk meminta bantuan-bantuan ini. Namun, bila terdapat pendekatan "House to House" ini, pihak kerajaan melalui Ahli Parlimen iaitu YB Datuk Noor Ehsanuddin dapat memberikan direct penerangan kepada rakyat tentang bantuan kerajaan dan juga rakyat dapat "request" atau "apply" bantuan on the spot. 

This is fantastic kerana ia sejajar dengan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak dimana beliau mahu pegawai kerajaan turun to the ground untuk dengar permasalahan rakyat, bukan rakyat yang kena bersusah pergi berjumpa dengan pegawai kerajaan. Saya secara jujurnya berharap ramai lagi Ahli Parlimen dan Pegawai Kerajaan dapat mencontohi apa yang dilakukan oleh YB Datuk Noor Ehsanuddin dan Yayasan Mesra ini. Insyallah. 

No comments:

Post a Comment