Tuesday, August 5, 2014

@saifnasution Tetap Berkeras Mahukan @drwanazizah

PKR tetap mencalonkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Gambar fail The Malaysian Insider.
Pudin berkeras mahukan Azizah MB
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini menegaskan bahawa isteri Datuk Seri Anwar Ibraim,  Datuk Seri Wan Azizah Ismail sahaja yang akan dan layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Ini berdasarkan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 21 Julai sudah menetapkan presiden mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid.



"Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 23 Julai lalu yang turut dihadiri Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu bersetuju untuk menghormati hak PKR untuk menentukan calon MB Selangor.

"Jadi tidak timbul mana-mana pemimpin PKR yang dimahukan PAS sebagai calon kompromi sebagai MB Selangor," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.

Akhbar berbahasa Cina baru-baru ini melaporkan pemimpin PAS sudah menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok Dr Idris Ahmad sebagai calon kompromi untuk memecah kebuntuan berhubung calon menteri besar Selangor.

Memetik sumber PKR, Sin Chew melaporkan parti itu akan menamakan doktor perubatan itu sebagai calon kompromi untuk mengakhiri krisis tersebut yang mungkin memecahkan Pakatan Rakyat (PR).

"Apabila pemimpin No 2 PAS sudah bersetuju, PKR berhak menentukan siapa calon menteri besar Selangor, tidak timbul isu ketua cawangan PAS Selangor atau PAS Selangor setuju atau tidak.

“Sehingga hari ini, PKR hanya ada satu nama sebagai pengganti Khalid iaitu isteri Ketua Umum Dr Wan Azizah," kata Saifuddin.

No comments:

Post a Comment