KL CHRONICLE: Jom Kenali Yayasan Mesra, NGO yang Sentiasa Berkhidmat untuk Masyarakat

Friday, July 25, 2014

Jom Kenali Yayasan Mesra, NGO yang Sentiasa Berkhidmat untuk Masyarakat

Yayasan Mesra

Yayasan Mesra,iaitu salah sebuah NGO yang menjalankan aktiviti dan program membabitkan sumbangan kebajikan kepada masyarakat melibatkan program sumbangan kepada fakir miskin dan juga program kemasyarakatan.



Yayasan Mesra adalah sebuah institusi yang diwujudkan atas dasar untuk memantapkan pembinaan sahsiah dan insaniah masyarakat. Yayasan Mesra mengambil inisiatif dalam mewujudkan program-program kemasyarakatan dan kebajikan secara proaktif dan berterusan. 

Yayasan Mesra menumpukan kepada penyelidikan, menyedia pelan tindakan, serta melaksanakan aktiviti yang menjurus kepada pembangunan masyarakat. Teras penubuhan Yayasan Mesra berlandaskan kepada 3 teras iaitu:

1) Pendidikan
2) Kebajikan dan Kemasyarakatan
3) Kesihatan

Sehubungan itu, sepanjang bulan ramadhan ini Yayasan Mesra telah menganjurkan beberapa program seperti berikut:

1) Mesra AidilFitri Meriahnya Raya
2) Mesra Ramadhan Memakmurkan Surau
3) Mesra Sahur Bersama Anak-anak Yatim
4) Ziarah Mesra Jalinan Murni - Khas Ramadhan

Program tersebut menjurus kepada kebajikan golongan yang memerlukan seperti asnaf, anak-anak yatim dan orang kurang upaya. Sepanjang program diadakan, Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Datuk Noor Ehsanuddin bin Haji Mohd Harun Narrashid merangkap Pengerusi Yayasan Mesra turut serta dalam menjayakan program tersebut bersama dengan ADUN Johor Lama, ADUN Sedili  Pegawai Daerah Kota Tinggi dan agensi kerajaan negeri yang lain.

Esok saya akan menceritakan pula tentang intipati program "Mesra Aidilfitri Meriahnya Raya" yang dianjurkan oleh Yayasan Mesra :)

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget