Friday, August 22, 2014
Dikala #MalaysiaBerkabung , @N_izzah masih sibuk "promote" Ibunya Sebagai MB
Dikala Malaysia masih berkabung dengan kehilangan pesawat MH17 dan memperingati mangsa yang baru tiba sebentar tadi, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pula hari ini cuba untuk "mempromosikan" ibunya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mampu menjadi menteri besar Selangor yang lebih baik daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Anak sulung Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah itu berkata, ibunya mempunyai kebolehan menunjukkan sikap empati, iaitu memahami perasaan orang lain dan kelebihan itu akan membolehkannya mendengar masalah rakyat Selangor.
"Sikap empati tu penting, inilah kualiti terpenting beliau buat saya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres Wanita PKR di Stadium Melawati Shah Alam, hari ini.
Katanya, pemimpin Pakatan Rakyat akan bermesyuarat kali kedua membincangkan proses menjadikan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar pagi ini
"Pertemuan Pakatan Rakyat kedua akan berbincang daripada segi prosedur seterusnya," katanya. – 22 Ogos, 2014.
MENYUSUL LAGI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
rasanya aku ada solusi nak selesaikan isu mb selangor. oleh kerana calon2 ganti khalid ibrahim mungkin ditolak oleh sultan, kita ambik yang neutral. AZmin ali tolak, WAN azizah juga ditolak. apa kata kita ambik AZWAN ali....ok gak tu (nyampah mak...!!!)
Post a Comment