KL CHRONICLE: Tidak sempat bawa pulang mayat mangsa #MH17 sebelum Aidilfitri, kata PM

Thursday, July 24, 2014

Tidak sempat bawa pulang mayat mangsa #MH17 sebelum Aidilfitri, kata PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak asalnya berhasrat membawa mangsa tragedi kapalterbang terhempas di Ukraine itu kembali untuk disemadikan di tanahair sebelum Aidilfitri yang akan disambut Isnin ini. – Gambar Reuters, 24 Julai, 2014.
Hasrat PM @NajibRazak untuk bawa pulang mayat mangsa MH17 sebelum raya tidak kesampaian
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata untuk membawa pulang mayat mangsa nahas MH17 ke Malaysia mungkin makan masa “berminggu atau bulan”, kata Reuters hari ini.

Putrajaya pada asalnya berhasrat membawa mangsa tragedi kapalterbang terhempas di Ukraine itu kembali untuk disemadikan di tanahair sebelum Aidilfitri yang akan disambut Isnin ini.



Seramai 43 rakyat Malaysia, termasuk 15 anak kapal, terkorban dalam kejadian pada 17 Julai itu ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

"Kita tidak boleh lari dari terpaksa melalui satu proses yang cermat dan teliti. Ini satu keperluan teknikal dan juga undang-undang," Najib berkata selepas menandatangani buku ucapan takziah di Kedutaan Belanda di Kuala Lumpur.
Dalam tragedi yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal itu, 193 merupakan warganegara Belanda.

"Jadi, kemungkinan besar kita tidak sempat membawa mayat pulang sebelum Hari Raya," kata Najib dipetik Reuters.

Dua pesawat membawa mayat sebahagian penumpang tiba di Belanda pada Rabu. Di sana, pakar akan menjalankan tugas mengenal pasti mayat melalui DNA yang diambil dari waris mereka. Proses ini boleh mengambil masa beberapa bulan.

Mayat yang selebihnya akan dibawa ke pengkalan tentera di bandar Hilversum dalam beberapa hari akan datang. – 24 Julai, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget