KL CHRONICLE: Mangsa serangan seksual NZ dedahkan dirinya

Wednesday, July 9, 2014

Mangsa serangan seksual NZ dedahkan dirinya


Wanita yang mendakwa seorang pegawai Malaysia melakukan serangan seksual terhadapnya hari ini membuat keputusan mendedahkan dirinya kepada umum bagi membincangkan penyelewengan dalam cara New Zealand menangani kes tersebut dan melayan mangsa seksual.




Tania Billingsley, 21, dengan sukarela 'mengangkat' segala halangan ke atas namanya supaya boleh berkongsi fikirannya dengan media berkenaan aduan terhadap bekas kakitangan pembantu pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail.

Menurut laporan, Rizalman, 38, ditahan pada 9 Mei lepas dan didakwa di mahkamah pada keesokan harinya kerana melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol.

"Saya rasa saya ada sesuatu untuk diperkatakan mengenai kes ini,” katanya dipetik media New Zealand hari ini.

"Ia berlaku kepada saya dan sepanjang proses ini, terutamanya apabila ia diketahui ramai sekarang, suara saya masih belum didengari. Dan sudah tentu saya ada banyak perkara untuk diperkatakan. Saya bukan hanya seorang pemerhati.”

Dia bagaimanapun pulang ke Malaysia pada 22 Mei menggunakan imuniti diplomat.

Kementerian Pertahanan menubuhkan lembaga siasatan tetapi dalam masa yang sama bersetuju menghantar pegawai tentera itu balik ke New Zealand. Buat masa ini dia sedang menerima rawatan di Hospital Tentera Tuanku Mizan.

Billingsley bercakap kepada media perasaannya apabila mendapat tahu Rizalman dibenarkan pulang ke Malaysia.

"Sudah tentu saya kecewa. Dan saya marah. Kerana, dari awal lagi saya katakan yang saya hendak dia berada di sini dan bertanggungjawab atas apa dilakukannya,” katanya. – 9 Julai, 2014.

MENYUSUL LAGI

1 comment:

Mat Sabu The Best said...

Malangnya org2 cam inilah yang diwakilkan UMNO utk kerja2 penting, malulah UMNO tak pikir kualiti. Hidup sderhana dan pembinaan minda tidak ditekan Mdey sebab dia itu Penyamun.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget