KL CHRONICLE: Putrajaya bentang usul kutuk insiden #MH17 ditembak jatuh

Wednesday, July 23, 2014

Putrajaya bentang usul kutuk insiden #MH17 ditembak jatuh

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bentang usul kutuk tindakan menembah jatuh pesawat MH17 di Parlimen, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 Julai, 2014.
Perdana Menteri Datuk Seri @NajibRazak bentang usul kutuk tindakan menembak
jatuh pesawat MH17 di Parlimen,

Putrajaya hari ini membentangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan pihak yang tidak bertanggungjawab menembak pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraine pada 17 Julai lalu di Parlimen.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan usul berkenaan pada persidangan khas Dewan Rakyat berkata, Malaysia turut menggesa agar siasatan terperinci dilakukan oleh badan bebas antarabangsa mengenai insiden tersebut.

"Dewan yang mulia ini juga menuntut siasatan menyeluruh dibuat supaya pihak yang dipercayai bertanggungjawab melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dengan menembak jatuh pesawat MH17 segera dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.

Melalui usul itu juga, Dewan Rakyat merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada ahli keluarga 298 penumpang dan anak kapal pesawat MH17.
Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak menggunakan misil darat ke udara, dan terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis lalu

Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal dan tiga bayi. – 23 Julai, 2014.

MENYUSUL LAGI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget