KL CHRONICLE: Bukti Agama Islam Diperlekehkan di Pulau Pinang

Wednesday, July 23, 2014

Bukti Agama Islam Diperlekehkan di Pulau Pinang


Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad membangkitkan masalah yang dihadapi oleh umat Islam di Pulau Pinang, yang menurutnya boleh merebak jika terus dibiarkan.

Antara lain, katanya, mantan Mufti Pulau Pinang memberitahunya adalah susah mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang, kerana pemimpin agama lain juga menuntut hak yang sama.



"Jika kita tidak membendungnya, perkara seperti ini akan merebak ke seluruh Malaysia. Di waktu itu, waktu penyiaran rancangan-rancangan agama Islam di televisyen pun akan terpaksa dikongsi dengan agama-agama lain.

"Jabatan-jabatan kerajaan dan kampus-kampus universiti kerajaan yang menyediakan surau akan terpaksa menyediakan gereja, tokong dan gurdwara," tambahnya.

Ertinya, tambah beliau, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah tidak bermakna lagi.

Hamid menegaskan demikian di majlis berbuka puasa dengan beberapa NGO Islam di Kuala Lumpur, semalam.

Salinan ucapannya yang bertajuk 'Mempertahankan perlembagaan sebagai asas perpaduan negara', juga dimuatnaik di lamanweb beliau.

Bekas ketua hakim negara itu yang berasal dari Pulau Pinang, mendedahkan bahawa mufti juga memaklumkan kepada beliau mengenai satu kejadian semasa perasmian sebuah bangunan di negeri itu oleh timbalan ketua menteri.

Di majlis itu, katanya, doa dibacakan oleh seorang Padri Kristian, seorang Sami Hindu dan Imam Masjid Negeri.

"Saya amat hairan mengapa Imam Besar pun turut menyertainya. Tidakkah beliau berfikir?" soalnya.

"Saya amat sedih melihat orang Melayu dan Islam begitu 'naive' sehingga mereka begitu mudah diperalatkan sehingga sanggup bertakbir dan bergolek di atas jalan raya sedangkan orang bukan Islam yang untung," tambahnya.

Hamid merujuk kepada protes ekoran BN Perak mengambil alih pentadbiran negeri itu selepas pilihan raya umum 2008.

Mengulas mengenai isu penggunaan kaliman Allah, Hamid berkata beliau hairan mengapa ada orang-orang yang dikenali sebagai ulamak tidak nampak muslihat gereja Roman Katholik yang hendak memakai kalimah Allah dalam bible Bahasa Melayu dan upacara gereja dalam Bahasa Melayu selepas 500 tahun kecewa mengkristiankan orang Melayu secara besar-besaran.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget