KL CHRONICLE: @GoTeamRD @mpkotabelud 5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Pelan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam

Monday, June 2, 2014

@GoTeamRD @mpkotabelud 5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Pelan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam




Pada 1 June 2014, Menteri Kesejahnteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan telah  melancarkan Pelan Strategik Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA) 2014-2020. 

Antara fokus pelan itu ialah:



  1. Transformasi minda masyarakat mengenai pengurusan sisa pepejal, 
  2. Pembangunan teknologi dan fasiliti yang lebih moden, 
  3. Pembudayaan amalan 3R (Reduce, Reuse dan Recycle), 
  4. Pemerkasaan penyelidikan dan pembangunan, 
  5. Pengurusan kewangan yang mampan serta menjenamakan PPSPPA. 


Kaedah yang akan digunakan pakai ialah "Winning the hearts and minds of the poeple".

Pelupusan sisa pepejal secara teratur dan menggunakan teknologi moden amat penting kerana penjanaan sisa pepejal termasuk makanan yang dibuang meningkat begitu tinggi. Umpamanya, sisa makanan di Semenanjung Malaysia adalah 44.4% daripada keseluruhan buangan sampah.


Hari ini, Malaysia menjana lebih dari 33,000 metrik tan sampah setiap hari. Angka ini adalah unjuran untuk tahun 2020. Malangnya ini bermakna kita telah mencapainya 6 tahun lebih awal.


Sepatutnya kita fokus usaha kita kepada sistem 3R bukannya membuang sampah terus ke pusat pelupusan sampah seperti yang berlaku sekarang (lihat rajah). Ini tidak berlaku kerana kita masih mempunyai kesedaran yang rendah tentang peri pentingnya mengurus sampah dengan sistematik.

Malah kalau kita lihat dari kajian yang dibuat, 29.3% (2,311,180 metrik tan) dari keseluruhan sampah boleh dikitar semula. Bahan bahan buangan seperti kertas, kaca, plastik dan besi boleh menjana pendapatan apabila dikitar semula. 


Apakah kita masih tidak mahu kitar semula, mengurangkan pembelian barangan atau memakai semula barangan lama (recycle, Reduce dan Reuse)?

Apakah kita masih tidak lagi mahu peduli bila alam sekitar kita dicemari sampah dan air sampah yang kotor?

Tepuk dada tanya selera. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget