KL CHRONICLE: Gadis Pailang Mengaku Bersalah, Ha Ha Ha

Wednesday, June 25, 2014

Gadis Pailang Mengaku Bersalah, Ha Ha Ha



Tiga pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di Asajaya dekat sini didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam kerana membelasah seorang rakan sekolah mereka sehingga cedera pada 25 April lalu.



Semasa kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zulhairil Sulaiman, ketiga-tiga pelajar berusia 16 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, dalam kejadian pukul 9.40 pagi di sekolah tersebut, ketiga-tiga tertuduh didakwa membelasah seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun sehingga mangsa cedera.

Ketiga-tiga pelajar yang masih bawah umur itu didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget