KL CHRONICLE: @razlanrafii : @limkitsiang Jangan Nak Cuba Jadi Hero Melayu, @mpkotabelud Tak Perlu Minta Maaf

Saturday, May 24, 2014

@razlanrafii : @limkitsiang Jangan Nak Cuba Jadi Hero Melayu, @mpkotabelud Tak Perlu Minta Maaf


Hari ni Lim Kit Siang cuba berlagak sebagai seorang "Hero"  Melayu apabila dengan tidak malunya mendesak Menteri Perumahan Kajian Tempatan & Kesejahteraan Bandar Datuk Abdul Rahman Dahlan memohon maaf kepada calon DAP di Pilihanraya Kecil Teluk Intan, Dyana Sofya.




Sebelum Datuk Rahman Dahlan memohon maaf (walaupun tidak ada keperluan untuk berbuat demikian) adalah lebih baik Lim Kit Siang minta ADUN Seri Delima yang terbukti racist, RSN Rayer membuat permohonan maaf terlebih dahulu kepada orang-orang UMNO yang dipanggil celaka.

Kenapa tidak DAP mulakan terlebih dahulu sebelum mendesak pemimpin UMNO dan yang lebih pelik kenapa tiba-tiba hari ini DAP menyebelahi UiTM yang pernah digelar sebagai Universiti rasis dan milik UMNO sebelum ini?

Jelas sekali DAP sudah kian terdesak untuk mendapat undi orang Melayu yang sememangnya tidak menyokong perjuangan mereka apabila cuba memenangi hati pengundi di Teluk Intan.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

1 comment:

Mohd said...

Dgn keadaan calun DAP, Dyana yg nampaknya tidak boleh menang dlm PRK di Teluk Intan sebab orang Melayu Teluk Intan tidak akan menyokong DAP yg menolak Hudud. Orang Cina Teluk Intan yg lebih bijak dpd orang Cina di Penang akan menyokong Mah kerana beliau adalah orang tempatan dan sangat faham akan keperluan Teluk Intan. Lagi pun Mah akan diberi jawatan Menteri yg sudah tentu akan dapat menolong kaum Cina di Teluk Intan. Lihat saja apa Lim Kit Siang boleh buat utk orang Cina di Gelang Patah? Mematahkan gelang bolehlah. Kawasan terbiar.
Cuma orang India di Teluk Intan yg perlukan perhatian DAP utk mendapatkan sokongan mereka dlm PRK ini. Spt yg kita semua maklum, DAP adalah sangat terkenal sebagai sebuah parti yg suka “melempar batu dan menyorok tangan”. Oleh itu RSN Rayer, seorang ADUN India dari DAP telah ditugaskan utk “mencelaka” UMNO supaya orang Melayu akan bertindak spt yg dijangkakan oleh DAP. DAP mahu menaikkan kemarahan orang India yg akan terasa marah apabila Rayer dikutuk oleh UMNO. Dgn itu, orang India akan diharapkan utk mengundi DAP. Tetapi orang India di Teluk Intan tidaklah bodoh spt yg disangkakan oleh DAP. Macam mana orang India boleh lupa kes Kg Buah Pala? Macam mana orang India boleh lupa apabila rata2 ahli DAP yg terdiri dari kaum India telah dinafikan hak utk mengundi di Pemilihan Parti DAP? Orang Melayu mungkin mudah lupa! Tetapi orang India tidak mudah lupa.
Kerana DAP dah banyak kali mengulangi trick ini, maka rakyat yg bijak sudah Nampak muslihat DAP. Nampaknya niat jahat DAP tidak akan menjadi kali ini. Sorrylah Guan Eng.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget