KL CHRONICLE: Ranking daya saing Malaysia naik 3 tangga, Lebih baik dari Australia

Thursday, May 22, 2014

Ranking daya saing Malaysia naik 3 tangga, Lebih baik dari Australia


Malaysia naik tiga anak tangga dalam ranking daya saing dunia dan kini mendahului negara maju seperti United Kingdom dan Australia.




Malaysia melompat dari tangga ke-15 tahun lalu ke kedudukan ke-12 tahun ini dalam Ranking Daya Saing Dunia 2014 yang dikeluarkan oleh Institute of Management Development (IMD) hari ini.

Ini berlaku selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak November lalu berkata, beliau mahu Malaysia menyertai 10 negara terbaik dalam indeks kompetetif susulan daripada usaha berterusan kerajaan.

Ranking ini menunjukkan bagaimana sesebuah negara menguruskan sumber dan kebolehannya untuk meningkatkan kemakmuran berdasarkan 300 kriteria termasuk kadar inflasi, kestabilan dalam tukaran wang, kemasukan dana luar secara langsung dan pengaliran pakar keluar dari negara ini.

Amerika Syarikat berada di tempat teratas dalam senarai itu, diikuti Switzerland dan Singapura, sementatara Hong Kong – yang berada di kedudukan ke-3 tahun lalu – jatuh satu anak tangga.

IMD, sebuah pusat pengajian perniagaan global terkemuka di Switzerland, berkata ekonomi lebih kecil seperti Singapura “terus berkembang kerana eksport, kecekapan perniagaan dan inovasi”.

“Keseluruhan kisah daya saing untuk 2014 ialah sambungan kejayaan di Amerika Syarikat, pemulihan di sebahagian Eropah, dan sebahagian besar pasaran memuncul sedang bertungkus-lumus,” kata Pengarah Pusat Daya Saing Dunia IMD, Profesor Arturo Bris dalam laporan itu.

“Tidak ada resipi tunggal untuk negara memanjat ranking daya saing dan ia banyak bergantung kepada konteks tempatan,” katanya.

Indonesia turut nak dua anak tangga dari tempat ke-39 tahun lalu kepada 37 tahun ini sementara gergasi ekonomi Asia, China jatuh ke kedudukan 23 tahun ini berbanding ke-21 tahun lalu, disebabkan kebimbangan berhubung persekitaran perniagaannya.

“Kebanyakan pasaran memuncul meluncur di ranking itu kerana pertumbuhan ekonomi dan pelaburan asing perlahan manakala infrastruktur kekal tidak mencukupi,” kata IMD dalam satu kenyataan.

Perbadanan Produktiviti Malaysia menyenaraikan beberapa cabaran yang bakal Malaysia hadapi tahun ini, termasuk mencari bakat untuk mencapai pertumbuhan produktiviti lebih tinggi dan mengurangkan inflasi, kesan daripada rasionalisasi subsidi.

Sementara itu, pengarah negara Bank Dunia, Ulrich Zachau baru-baru ini memuji langkah Malaysia merasionalisasikan subsidinya, dan berkata subsidi bersasaran adalah polisi lebih baik yang memberi manfaat kepada mereka yang benar-benar memerlukannya.

Negara lain yang berada di senarai 10 tertinggi dalam ranking tahun ini termasuk Sweden, Jerman, Kanada, Emiriyah Arab Bersatu, Denmark dan Norway.

Ketika ranking itu dimulakan pada 1989, ia dipecahkan kepada dua kumpulan. Malaysia bersama Singapura dan Hong Kong mengetuai senarai pasaran memuncul.

Dua senarai itu digabungkan pada 1997, yang menyaksikan Malaysia berada di tangga ke-14. Malaysia di tempat ke-18 pada 2009 sebelum naik ke tangga 10 pada 2010, ranking terbaik negara dalam tempoh lima tahun lalu. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget