KL CHRONICLE: Adun DAP dan PAS kesal cara kerajaan negeri Selangor ‘tendang’ kes rampasan Bible pulak dah

Wednesday, April 9, 2014

Adun DAP dan PAS kesal cara kerajaan negeri Selangor ‘tendang’ kes rampasan Bible pulak dah


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor daripada DAP dan PAS kesal dengan cara kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim mengendalikan kes rampasan Bible berbahasa Melayu, AlKitab.


Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata, kerajaan negeri dilihat cuba mengambil sikap lepas tangan dan tidak menunjukkan komitmen menyelesaikan segera isu tersebut.

"AlKitab itu tidak seharusnya ditendang sana sini lagi. Ini berkaitan isu moral dan tidak perlu bersikap mengelak.

"Perlu ambil langkah proaktif dan ikhlas untuk memastikan kepulangan 321 AlKitab secepat mungkin," katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Adun Taman Templer PAS, Zaidy Abdul Talib kemudiannya turut bangun menyokong hujah Yeo dan menegur kerajaan negeri supaya menunjukkan contoh mengurus tadbir kepelbagaian agama dan bangsa dengan baik.

Katanya, jika Pakatan Rakyat (PR) komited menuju ke Putrajaya melalui “Langkah Kajang”, isu menangani kepelbagaian agama dan bangsa juga perlu dititikberatkan.

"Selepas berpuluh tahun merdeka takkan masih tak boleh faham tradisi adat dan budaya," katanya.

Walaupun diakui agak sukar mengendalikan kes ini kerana banyak pertimbangan politik yang perlu dinilai, namun menurut Yeo kerajaan Selangor sebagai negeri paling maju perlu menunjukkan standard kepimpinan moral yang tinggi kepada rakyat.

Selain Yeo dan Zaidy, Adun Hulu Klang daripada PAS, Saari Sungib turut menasihati menteri besar agar mengambil langkah wajar memisahkan isu kalimah Allah dengan rampasan AlKitab agar kekeruhan dapat dikurangkan dalam masa yang singkat.

"Kita boleh bayangkan betapa marahnya umat Islam jika Al Quran dirampas. Cuba bayangkan sahabat beragama Kristian melakukan ini di negeri kita," katanya. – 9 April, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget