KL CHRONICLE: Sekali Lagi Penipuan @anwaribrahim Dibongkar #KLChronicle

Sunday, February 2, 2014

Sekali Lagi Penipuan @anwaribrahim Dibongkar #KLChronicle

Displaying IMG-20140202-WA0031.jpg


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti sekutu dalam pakatan pembangkang memang membuat perancangan untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding di kawasan itu.



Beliau berkata, peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu juga dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu, dan bukan secara mengejut.

"Dia (Lee) meletak jawatan itu bukan tanpa rundingan. Dia letak (jawatan sebagai Adun) itu memang hendak beri ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu.

Guan Eng telah menipu kepada rakyat hanya untuk cover Anwar Ibrahim?

Walaubagaimanapun, apabila disoal mengapa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak tahu mengenai rundingan ini, Anwar berkata mungkin Lim Guan Eng telah terlupa kerana sibuk dengan urusan lain. 

"Dalam politik kena ada kejutan, dan ini (peletakan jawatan Lee) dianggap sebagai satu strategi kita (PKR)," katanya kepada kira-kira 200 ahli jawatankuasa cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan cabang wanita di Yayasan An Nahdoh, Kubang Semang di Bukit Mertajam, malam ini. 

Anwar juga mengakui bahawa kerajaan negeri Selangor memang berdepan dengan masalah dalaman tetapi ia dalam keadaan terkawal.

"Walaupun kerajaan negeri Selangor ditadbir dengan baik daripada aspek urusan ekonomi, tetapi masalah gereja dan Bible merupakan masalah yang paling berat di Selangor dimana telah membangkitkan kemarahan orang Kristian, jadi saya perlu bantu untuk selesaikan masalah itu," katanya.




No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget