Seperti yang diketahui ramai, Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar
pilihan DAP dan perbalahannya dengan Azmin dilihat membawa erti yang Azmin
tidak disenangi oleh DAP. Penyingkiran
Azmin Ali dari PKNS sekali gus mengukuhkan persepsi bahawa DAP berada di
belakang, kalau pun tidak di atas Khalid Ibrahim.
Sumber dalaman PKNS turut memberi laporan yang konsisten dengan
persepsi rakyat iaitu Azmin merupakan penghalang kepada agenda perkauman DAP di
Selangor. Maka kerana
itulah, DAP telah memastikan Khalid menyingkirkan Azmin agar agenda rakus
mereka dapat diteruskan.
Bagi sesiapa yang kurang arif dengan sikap orang-orang Cina acuan
DAP mungkin merasa terkejut dengan pemecatan 23 kakitangan PKNS, lanjutan dari
pemecatan Azmin. Namun,
hakikatnya, apa yang berlaku ini bukanlah mengejutkan hatta cukup konsisten
dengan hati perut komunis DAP yang tidak punya belas kasihan serta tidak
menghiraukan soal moral dan kemanusiaan.
DAP tidak perlukan alasan untuk memecat mereka dan tidak akan
menghiraukan sebarang desakan untuk keadilan. Malah, DAP akan meletakkan
segala-galanya ke atas kepala Khalid Ibrahim untuk berhadapan dengan semua
masalah ini.
DAP adalah parti yang tidak pernah berpegang kepada nilai-nilai
murni. Buktinya, pemimpin
DAP sanggup membelakangkan undang-undang dan peraturan parti sendiri demi
kepentingan diri. Sikap
DAP yang gemar membela penjenayah seharusnya telah menjelaskan siapa
mereka.
Justeru, jika Azmin juga boleh dipecat, maka apalah sangat
kakitangan lain yang seramai 23 orang itu?
Tindakan DAP menyokong Anwar bertanding di Kajang memperlihatkan
permainan yang lebih ‘kasar’ selepas ini. Dengan kesungguhan Lim Kit Siang
membangkitkan isu 13 Mei secara berterusan selama berminggu-minggu dan
‘pesanan’ awal Rafizi mengenai keadaan darurat, maka tidak mustahil Kajang
bakal dijadikan ‘medan perang’ yang jauh lebih besar dari sekadar perang
Pilihanraya Kecil.
Perlu diingatkan bahawa Anwar kini terdesak kerana kes liwatnya
bakal menghampiri garis penutup. Dalam
keadaan ini, Anwar merupakan satu ‘kelebihan yang berganda’ bagi DAP. Kita tahu bahawa Anwar sanggup berbuat
apa saja atau menuruti apa saja perintah dari sesiapa sahaja asalkan ia
memberinya sedikit harapan untuk melepaskan diri dari kes ini.
Maka, tidak hairanlah DAP dilihat berdiri teguh di belakang Anwar
di Kajang dan sedikit pun tidak mempersoalkan perletakan jawatan Lee Chin Cheh
walaupun BERSIH dan PAS mempersoalkannya.
Sokongan padu DAP terhadap Anwar pastinya bukan percuma. Ansuran pertama nampaknya telah
dibayar melalui pemecatan 23 orang pekerja PKNS tadi. Bayaran ansuran seterusnya belum
pasti. Namun, apa yang pasti ialah nilainya tentulah teramat tinggi di mana ia
boleh jadi dalam bentuk hak pendidikan, hak pekerjaan, hak penempatan,
kedudukan Islam, mahupun keseluruhan maruah dan harga diri orang-orang
Melayu.
Kesimpulannya, pemecatan 23 orang pekerja PKNS mungkin hanyalah
satu permulaan kepada pengakhiran nasib orang-orang Melayu di Selangor.
No comments:
Post a Comment