Bekas setiausaha sulit kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin
menyelar kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang sebelum ini cuba
mempertahankan Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim sebagai ‘dangkal’.
Bagi mempertahankan tindakan bodoh parti itu, yang mengkhianati
amanah rakyat, Rafizi mengatakan kehadiran Anwar bertanding di Kajang adalah
penting untuk menghalang kerajaan Barisan Nasional (BN) dari menggunakan
situasi darurat untuk merampas negeri itu.
“Umno menggunakan kuasa darurat bagi menggantung pentadbiran
kerajaan negeri dan ia pernah berlaku sebelum ini,” katanya sebelum ini.
Faekah yang dipetik melalui laman twitternya pada 4 Februari lalu,
menyifatkan kenyataan Raizi itu sebagai ‘dangkal’ kerana cuba
menjadikan alasan yang tidak masuk akal itu untuk memujuk hati rakyat yang
sedang marah dengan permainan ‘politik kotor’ PKR.
Menurut laman web rasmi Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM),
Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud bagi bagi penggunaan perkataan ‘dangkal’ ialah
:
1. Tidak faham benar, tidak mempunyai
pengetahuan yang mendalam (tentang sesuatu) atau cetek.
Sila rujuk : http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=dangkal%3B&d=10
Paling menarik apabila, ‘tweet’ faekah itu turut
di sokong oleh para penyokong parti PKR yang jelas tidak bersetuju dengan cara
yang digunakan. Ia juga secara tidak langsung membuktikan parti itu sanggup
mengkhianati amanah rakyat dan mempermainkan sistem demokrasi semata-mata untuk
memenuhi agenda peribadi Anwar.
Berikut adalah antara komen yang bersetuju dengan pandangan yang
diberikan oleh Faekah itu:
Berguling-guling baca kak. Patut bagi tahu je yang betul. Tak ada
la (kena) kutuk-kutuk – JDT Scouse
It is hilarious how your chief strategist @rafiziramli spins strategy but surprisingly@Ambiga_S believes it – Rais Hussin
Awat la bodoh piang sangat si rafizi ni? – Abu Hanim
Bila kera dapat kuasa, pisang di sangka senjata.. itu je standard
pengarah strategi#wasted – Tuan Penasihat
Bagus ler @faekah_qkn5 sudah tahu rafizi ni dengkal dan bodoh
sombong@HasniYatim @MediaSelangorku – Ismail Ahmad
Pilihan raya kecil dah jadi pilihan raya kelakar. Tak rasional
langsung – Khairi al-Attas
Bila sudah tepu + tiada lg justifikasi yg kukuh utk mmberikn alasan
= merapu? – Rasbima
No comments:
Post a Comment