Bekas rakan karib Anwar, Datuk S.
Nallakaruppan semalam menggesa agar kes saman fitnah yang dikemukakan
terhadapnya dapat diteruskan dengan segera. Menurut ahli dewan negara itu, kes
saman fitnah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang perlu disegerakan dan
tidak ditangguhkan lagi.
Nala di dalam satu sidang media yang
diadakan sebelum ini berkata, sepanjang persahabatan mereka selama 30 tahun
banyak rahsia Anwar yang cukup diketahuinya termasuk yang berbentuk peribadi.
"Mahkamah adalah landasan terbaik
untuk saya mendedahkan segala perilaku dan rahsia Anwar. Sebab itu dalam
perkara ini, saya tidak mahu bertindak terburu-buru. Nalla berkata beliau
hairan mengapa Pakatan Rakyat melantik Anwar untuk menjadi pemimpin
pembangkang. Beliau juga menggesa pemimpin PAS, Datuk Nik Aziz, untuk
mengeluarkan fatwa untuk membenarkan biseksual untuk menjadi pemimpin islam
"Anwar Ibrahim adalah seorang
biseksual, Orang menganggap beliau adalah seorang Muslim yang baik, tetapi saya
tidak. Saya mencabar beliau (untuk kemukakan saman), jika dia adalah orang yang
di pihak benar. "
"Dia boleh menipu orang ramai, tetapi
hakikatnya ialah beliau mahu merosakkan negara. Saya akan mendedahkan di
mahkamah. Saya mencabar Anwar mengenai perkara ini," katanya.
Ekoran kenyataan itu, pada 26 Mac 2012,
Anwar selaku plaintif telah mengemukakan saman fitnah terhadap Nalla dan Utusan
Melayu (M) Bhd. berhubung petikan ringkas yang disiarkan oleh akhbar itu pada
20 Mac 2012.
Menurut Presiden Parti Bersatu India
Malaysia (MIUP) itu juga, beliau tidak gentar dengan saman Anwar itu dan akan
bersedia dengan pelbagai bukti.
Saya tunggu, biarkan beliau heret saya ke
mahkamah dan saya tak akan lari. Saya akan bawa bukti, sudah 30 tahun saya
berkawan dengannya," katanya dalam sidang akhbar semalam.
Dalam pada itu beliau menyatakan rasa
hairan dengan tindakan Anwar yang kebelakangan ini mengambil tindakan menarik
balik atau menyelesaikan saman fitnah mengikut terma-terma tertentu melibatkan
beberapa individu.
Paling menarik apabila banyak pihak
sebelum ini mengatakan saman fitnah Anwar ini hanyalah merupakan gimik dan
sandiwara murah untuk menarik simpati rakyat. Mereka juga turut melahirkan
keyakinan bahawa ia akan ditarik balik di saat-saat akhir.
Malah apabila diteliti semua tindakan yang
dilakukan sebelum ini, ternyata ia menepati seperti yang diramalkan itu.
Contohnya kes saman fitnah Anwar terhadap tokoh akademik, Dr. Chandra Muzaffar
yang berjumlah RM10 juta sebelum ini telah ditarik balik dan direkodkan untuk
penyelesaian di luar mahkamah.
Begitu juga dengan dua saman fitnah yang
difailkan olehnya sebelum ini terhadap Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah
Zainuddin dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut diselesaikan di luar
mahkamah.
Persoalannya apakah Anwar berani untuk
meneruskan saman terhadap Nalla ini atau ia juga akan ditarik kembali pada
saat-saat akhir. Bak kata pepatah ‘Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah’.
No comments:
Post a Comment