Saya
merujuk kenyataan media yang dikeluarkan oleh Syarikat PRASARANA Negara Berhad
(PRASARANA) yang kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab beberapa
individu di Puchong yang telah menghalang kontraktor PRASARANA memulakan kerja
construction di tapak pembinaan yang telah disediakan.
Tindakan
kumpulan ini telah melanggar perintah mahkamah yang diterima oleh PRASARANA
dimana mahkamah telah membenarkan PRASARANA memulakan construction ditapak SRJK
CASTLEFIELD. Bukan itu sahaja malah
kumpulan individu ini telah bertindak ganas sehingga mencederakan anggota polis
bantuan PRASARANA & bagi saya individu ini harus disiasat dan ditangkap
oleh pihak PDRM.
LATAR BELAKANG
Pada
tahun 2009, kerajaan dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah
mengumumkan penambahbaikkan system LRT di Kuala Lumpur. Keputusan yang dibuat
ialah untuk memanjangkan line LRT Ampang (AMG) dan Kelana Jaya (KLJ) untuk
menampung permintaan dari rakyat yang inginkan kemudahan awam yang lebih
inclusive dan integrated.
Line
AMG ini akan dipanjangkan sejauh 17.7 KM dan akan melalui kawasan Bukit Jalil,
Bandar Kinrara, Puchong, Kg Sri Aman dan Putra Heights. Disinilah bermula
masalah dengan pihak SRJK CASTLEFIELD.
Sebanyak
lima tiang (pillar) Line AMG ini akan memasuki kawasan SRJK CASTLEFIELD dan
sebab itu pihak sekolah telah membangkang pembinaan Line AMG dan telah mula
“demand” macam-macam daripada pihak PRASARANA.
JUMLAH LUAS KAWASAN YANG
TERLIBAT
Jumlah
keluasan tanah kosong di SRJK CASTLEFIELD adalah 2.8 acres. Untuk membina
laluan Line AMG ini PRASARANA memerlukan
0.47 acres iaitu 16% sahaja.
Selepas siap pembinaan kelima-lima tiang line AMG ini, pihak PRASARANA hanya
akan menggunakan kawasan seluas 20m2
iaitu (5 tiang x (luas 2m
x 2m/per tiang).
Saya
berharap para pembaca telah faham isu SRJK Castlefiled ini. Dalam bahasa mudah:
- Line AMG masuk kawasan sekolah CASTLEFIELD.
- PRASARANA nak guna 16% kawasan kosong sekolah, bila siap kawasan yang akan digunakan Cuma 20m2 iaitu (5 tiang x (luas 2m x 2m/per tiang).
- Pihak sekolah tak bagi, demand macam-macam
Saya akan tulis perkara ini dengan lebih lanjut pada pukul 11.00 am nanti. Stay tuned dan tolong sebarkan!!
3 comments:
Tamak betul sekolah Castlefield ni. Kerajaan bersusah nak buat extension LRT untuk kesenangan semua orang dorg ni nak minta macam2 pulak.
Tamak betul sekolah Castlefield ni. Kerajaan bersusah nak buat extension LRT untuk kesenangan semua orang dorg ni nak minta macam2 pulak.
Bodoh punya MIC tak guna otak.. nak sabotaj lagi project kerajaan..
Post a Comment