Sebelum ini masyarakat khususnya di
Selangor terkejut dengan tindakan melampau kerajaan negeri itu untuk meluluskan
usul kenaikan mendadak gaji dan elaun bulanan untuk semua 56 Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013 ini.
Di sebalik polemik itu, ada yang merasakan
kenaikan itu sebagai umpan untuk memancing semua Adun agar menolak sebarang
cubaan menukar pucuk kepimpinan negeri. Ini kerana umum mengetahui, sejak
dipilih semula sebagai Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim sentiasa berdepan
dengan pelbagai isu yang dipercayai didalangi oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin
Ali.
Mungkin kerana tidak tahan dengan ‘gerakan’ Azmin
yang sentiasa menjadi duri dalam daging, Khalid baru-baru dilaporkan membuat
kenyataan untuk mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan
parti itu pada Mei tahun depan.Selain untuk mengukur kekuatan, Khalid mungkin merasakan ia adalah
merupakan medan yang terbaik untuk membunuh karier politik anak emas Anwar itu
sekali gus mengurangkan cengkaman Azmin di dalam PKR.
Malah tidak kurang juga, ada yang
merasakan, kenaikan mendadak itu sebagai tanda protes terhadap kritikan terbuka
Anwar yang telah mencalarkan imejnya. Anwar sebelum ini dilaporkan telah
membuat kritikan tersebut di hadapan orang ramai dalam forum Laporan Ketua
Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling
Jaya, Selangor.
Ketua Pembangkang itu dikatakan menempelak
Khalid agar tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi
gagal dalam membelanjakannya dengan baik.
"Saya puji Lim Guan Eng yang membawa
Pulau Pinang pada tahap prestasi terbaik bagaimanapun tidak kepada Khalid
kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang
diperoleh," katanya.
Paling menarik, apabila para pencacai
pakatan cuba mempertahankan tindakan Khalid itu dengan mengatakan ia adalah
kerana sikap berjimat cermat Khalid yang begitu teliti mengurus tadbir kewangan
negeri. Namun apabila diteliti, sumber kewangan yang digunakan untuk kenaikan
gaji dan elaun itu adalah berpunca dari dan yang diperoleh dari kerajaan
persekutuan.
Mantan menteri besar Selangor, Dr Khir
Toyo menjelaskan dana yang digunakan untuk menaikkan gaji itu adalah sebahagian
daripada peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).
Menurutnya RM600 juta daripada rizab Selangor adalah lebihan peruntukan MARRIS
yang gagal dimanfaatkan Pakatan Rakyat negeri itu.
"ADUN Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari
sebelum ini memberitahu lebihan dana MARRIS dimasukkan ke dalam simpanan rizab
Selangor. Daripada 2008 sampai 2012 kerajaan Persekutuan bagi kepada kerajaan
negeri RM1.75 bilion. Tetapi yang dibelanjakan hanya RM1.1 bilion.
"Bererti RM600 juta yang disimpan
dalam rizab negeri bukan duit pendapatan kerajaan negeri tetapi duit kerajaan
Persekutuan untuk digunakan perbaiki jalan, tetapi kerajaan negeri tidak
gunakan, tapi digunakan untuk simpanan rizab," kata.
Kesimpulannya, kenaikan tersebut bukanlah
kerana Khalid hebat menguruskan kewangan kerajaan negeri seperti yang didakwa
oleh para pencacai mereka. Realitinya ia adalah merupakan kegagalan kerajaan
negeri menguruskan dana MARRIS sehingga menyebabkan rakyat Selangor terpaksa
menggunakan jalan yang tidak diselenggarakan dengan sempurna.
Atau dalam bahasa mudah, rakyat terpaksa
menanggung kesulitan melalui jalan raya yang rosak dan berlubang yang ada
kalanya menjadi punca kemalangan jalan raya, semata-mata untuk membolehkan
Khalid naik gaji. Apabila dipersoalkan, jawapan yang paling mudah adalah
meletakkan kembalikan kesalahan tersebut kepada kerajaan persekutuan.
Laporan Audit Negara 2013 sebelum ini
mendedahkan 75 peratus rakyat negeri itu merungut dengan keadaan jalan raya
yang berlubang dan tidak dinaik taraf.
No comments:
Post a Comment