Amat menggelikan hati apabila naib presiden
PKR, N. Surendran menyamakan ketokohan mendiang pemimpin negara Afrika Selatan,
Nelson Mandela dengan ketua umum parti yang kerdil itu.
Malah lebih kelakar lagi apabila Anwar
Ibrahim dikatakan pemimpin yang tidak melihat 'warna kulit rakyat' dalam
perjuangannya.
Pertama sekali, kenyataan dangkal itu
datangnya dari seorang yang tidak mengenali siapa sebenarnya Anwar.
Ini kerana Surendran dan Anwar dari dua
zaman berbeza, Anwar sudahdah pun aktif sebagai pemimpin pelajar dan
kemudiannya berpolitik lama sebelum anak muda ini dilahirkan.
Jadi kejahilan mengenai latar belakang
seseorang terutamanya dalam alam politik menjadi bahaya apabila tidak
mengetahui siapa yang ingin diagung-agungkan.
Inilah yang terjadi kepada Surendran yang
meletakkan Anwar pada satu posisi yang salah dan tidak dipunyai oleh idolanya.
Fakta asas yang membandingkan antara kedua
pemimpin tersebut sudah mampu menyerlahkan perbezaan langit dan bumi antara
mereka.
Pertama Mandela merengkok di dalam penjara
di Pulau Robben selama 27 tahun kerana memimpin perjuangan menentang sistem
perkauman atau apartheid pemerintahan kulit putih di Afrika Selatan.
Selama dipenjarakan, Mandela dikenakan
hukuman berat seperti memecah serta mengangkat batu dan lain-lain kerja yang
memeritkan.
Anwar pula dikatakan bersuka ria dalam
penjara siap dengan tukang urut peribadi!
Anwar juga dipenjarakan tapi atas sebab
musabab yang lain dan jauh berbeza.
Beliau menjalani hukuman penjara di Sg
Buloh selama enam tahun sebelum dibebaskan atas sudut teknikal.
Beliau dipenjara bukan kerana memimpin
perjuangan membebaskan bangsa Melayu atau rakyat Malaysia daripada cengkaman
penjajahan asing.
Anwar dihukum mengikut undang-undang negara
kerana menyalahguna kuasa beliau semasa menjadi timbalan perdana menteri dan
lebih jijik daripada itu terlibat pula dengan perlakuan seks songsang liwat
dengan pemandu kepada isteri dan juga adik angkatnya.
Beliau hanya dibebaskan atas ketidakpastian
mengenai persoalan teknikal seperti tarikh dan masa sebenar kejadian tetapi
hakikat beliau telah meliwat mangsa tidak dapat dinafikan.
Mandela, walaupun seorang yang beragama
Kristian tidak melakukan perkara-perkara yang terkutuk itu tetapi Anwar yang
mendabik dada sebagai pemimpin Islam berstatus antarabangsa dengan jaringan
dunia Islam yang hebat sanggup melanggar hukum Allah dan melakukan dosa yang
besar itu.
Mandela juga tidak pernah disabit atau
didakwa terlibat dengan rasuah atau penyelewengan sepanjang tempoh beliau
menjabat jawatan Presiden Afrika Selatan selama sepenggal dari tahun 1994
hingga 1999.
Anwar pula terlibat bukan sahaja dengan
amalan kronisme dan nepotisme yang parah tetapi juga mengamalkan rasuah yang
berleluasa.
Sebelum beliau dipecat oleh Tun Dr Mahathir
Mohamad pada 1998, satu senarai panjang yang mengandungi ratusan syarikat
kroni-kroni Anwar telah dipamerkan di persidangan agung UMNO ketika itu dan
juga diterbitkan di dalam media arus perdana.
Syarikat-syarikat ini dipunyai oleh kroni-kroni
Anwar yang dipilih dan mereka memegang ekuiti atau saham bagi pihaknya.
Rakyat Malaysia tentu masih ingat bagaimana
Anwar semasa menjadi menteri kewangan membiarkan syarikat-syarikat yang
dikaitkan dengan kroninya seperti Repco memanipulasi pasaran saham sehingga
banyak saham syarikat kroni Anwar naik mendadak tanpa sebab yang munasabah.
Kroni-kroni Anwar mengaut berbilion ringgit
daripada keuntungan atas angin membolak balikkan harga saham sementara rakyat
biasa merana kerana ramai yang hangus dan lebur pelaburan mereka disebabkan
angkara Anwar.
Jika kroni untung ratusan juta ringgit,
bagaimana pula orang yang menjadi dalangnya?
Mandela tidak mempunyai 20 'master account'
yang menyimpan 'slush money' atau duit haram sebanyak RM3 bilion seperti Anwar.
Tiap kali isu ini disebut di Dewan Rakyat
atau di luar, sudah tentu Anwar menjadi amat sensitif dan melenting tak tentu
arah.
Mandela juga dipilih secara demokratik
sebagai Presiden ANC dari tahun 1991 hingga 1997, parti yang memerintah Afrika
Selatan sekarang.
Tetapi Anwar memegang jawatan sebagai ketua
umum yang tidak pun melalui proses pemilihan parti malah beliau pula menjadi
pemimpin de facto pakatan pembangkang.
Mungkin Surendran tidak tahu fakta-fakta
ini atau berpura-pura lagak jahil untuk mengangkat pemimpin idolanya itu ke
satu tahap yang 'suci' dan 'bersih' daripada segala kekotoran moral dan akhlak.
No comments:
Post a Comment