Pemilihan pimpinan pusat pada Muktamar Pas
ke 59 yang lalu membawa perubahan positif ke arah perpaduan umat Melayu di
negara ini.
Walaupun kumpulan Anwarinas masih dilihat
sebagi fraksi yang kuat di dalam parti itu, agenda mereka tidak semestinya akan
sentiasa berjaya.
Contoh terbaru ialah pertemuan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad
Yaakob hari ini.
Perkembangan terkini ini menyebabkan media
massa teruja dan orang Melayu khususnya merasa gembira kerana kemungkinan besar
sesuatu yang menguntungkan dari segi perpaduan umat Islam di negara ini akan
terhasil.
Pada masa yang sama sekutu Pas, PKR dan Dap
sudah tentunya akan merasa gusar berhubung cadangan pertemuan.
Pada satu ketika dahulu ketika Datuk Nik
Aziz Nik Mat menjadi menteri besar merangkap mursyidul am Pas, perkara ini
adalah amat mustahil sekali.
Dengan sikapnya yang begitu keras terhadap
UMNO dan Barisan Nasional, setiap usaha unbtuk menemukan pemimpin kedua-dua
parti Melayu itu sudah parti di veto oleh beliau.
Malah beliau pernah berkata untuk meludah
muka mana-mana pihak dalam Pas yang membawa usul bermuzakarah dengan UMNO.
Walaulah bergelar ulama dan tak guru tetapi
malangnya beliaulah yang menjadi batu penghalang terbesar kepada perpaduan
orang Melayu ini.
UMNO sebagai parti yang memerintah sentiasa
bersikap rasional dan terbuka di dalam isu perpaduan kerana hanya melalui
perpaduan sahajalah bangsa Melayu akan menjadi kuat serta dihormati serta digeruni
oleh kaum-kaum lain.
Tetapi Pas mengambil sikap yang amat
berlainan sekali yang merugikan orang Melayu dan umat Islam.
Nik Aziz menggunakan pengalaman pahit Pas
bersama BN pada 1974 hingga 1977 sebagai alasan untuk menuduh UMNO telah
menikam belakang parti itu.
Bagaimanapun kajian sejarah telah
menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin Pas lah yang menyebabkan tahalus siyyasah
bersama BN dahulu terpecah disebabkan tamak haloba mahukan kuasa yang lebih dan
jawatan kabinet yang lebih.
Jika dahulu Allahyarham Tun Razak Hussien
selaku perdana menteri berjaya menyatukan UMNO dan Pas di dalam BN, kini
sejarah akan berulang kembali jika di izinkan Allah swt.
Datuk Seri Najib akan meneruskan usaha
ayahanda pula untuk cuba menyambungkan kembali silaturrahim yang sekian lama
telah terputus antara kedua-dua parti.
Sebenarnya tidak ada perbezaan antara
prinsip serta landasan perjuangan UMNO dan Pas.
Apa tidaknya, bukankah Pas pada asalnya
adalah serpihan daripada badan induk UMNO?
Bukanlah satu keganjilan jika Pas bertaut
kembali kepada UMNO kerana parti itu adalah darah daging dari badan yang sama!
Jika Pas sentiasa melaungkan slogan Islam
untuk menegakkan negara Islam, UMNO juga berprinsip untuk mempertahankan Islam.
Bezanya perjuangan Pas hanya wujud dalam
bentuk retorik tetapi UMNO melaksanakan program Islamnya secara praktikal dan
bukti yang nyata.
Dari penubuhan Bank Islam pada tahun 1983
sehinggalah kepada menyamatarafkan status mahkamah syariah dengan mahkamah
sivil, umat Islam telah menikmati kejayaan UMNO menaikkan syiar Islam di negara
ini.
Sekarang isu hudud dibangkitkan sekali lagi
oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan parti itu akan
tetap melaksanakan hukum syariah di negara ini jika pakatan pembangkang
berkuasa.
Ini bercanggah dengan pendirian pakatan
pembangkang yang dikawal oleh PKR dan Dap yang tidak mahu menyentuh langsung
mengenai konsep Negara Islam yang diperjuangkan Pas.
Pas dalam hal ini terpaksa menanggung malu
dan berkorban apabila bersetuju menamakan impiannya selama ini kepada Negara
Berkebajikan, satu anjakan dan perubahan prinsip perjuangan asal yang begitu
jauh sekali.
Walaupun Pas meletakkan syarat isu
kandungan muzakarah yang bakal di adakan dengan UMNO dalam masa terdekat tetapi
ini adalah satu perkara kecil yang tidak sepatutnya membantutkan apa sahaja
usaha untuk bersatu padu sesama saudara seagama dan sebangsa.
No comments:
Post a Comment