Portal pro-pembangkang Malaysia Insider
(TMI) sejak 2-3 hari ini begitu ‘kecoh’ dengan laporannya
berhubung isu seorang rakyat Malaysia yang tidak pulang sejak 30 tahun lalu. Malah
melalui pemerhatian yang dilakukan ‘keprihatinan’ mereka
begitu terserlah melalui beberapa siri artikel yang dikatakan ‘eksklusif’ untuk
tatapan pembaca setia.
Paling menarik kisah Aishah ini turut
mendapat perhatian dan pembelaan dari seorang penyokong tegar pakatan
pembangkang, Hishamuddin Rais. Namun di sebalik kisah Aishah ini, rupanya
terdapat satu lagi cerita yang tidak kurang menariknya untuk dikongsikan
bersama.
Akhbar Britain sebelum ini melaporkan, 3
orang wanita yang yang ditahan sebagai hamba selama 30
tahun di Britain telah berjaya dibebaskan pada 25 Oktober lalu selepas
salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.Salah seorang
daripadanya dikatakan seorang warganegara Malaysia yang dikenali
sebagai Aishah. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan
warga Britian, 30 tahun.
Tidak lama selepas pembebasan itu, seorang
rakyat Malaysia tampil membuat kenyataan bahawa Aishah yang dimaksudkan itu
adalah merupakan adiknya yang hilang dalam tempoh sama selepas menyertai
fahaman komunis Maoist.
Kamar Mahtum Abdul Wahab, seorang guru
bersara, ketika diwawancara berkata, adiknya yang dikenali sebagai Siti Aishah
Abdul Wahab, 69 itu, dipercayai ditahan oleh pasangan suami isteri, Aravindan
Balakrishnan dan Chanda yang memimpin sebuah kumpulan ekstremis komunis pada
1970-an.
Menurut keluarganya lagi, kerajaan
Malaysia yang mengikuti perkembangan politik wanita itu di London pernah
memberi amaran pada 1970-an tentang tindakannya itu akan menyukarkan dia untuk
pulang ke tanah air.
Aishah yang berasal dari Jelebu, Negeri
Sembilan dipercayai pernah mengunjungi abangnya yang ketika itu tinggal di
London dengan ditemani Balakrishnan dan seorang wanita tempatan. Dia juga
dipercayai mempunyai hubungan dengan aktivis, Hishamuddin Rais yang mendakwa
wanita terbabit mempelajari fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran pemimpin
China, mendiang Mao Zedong.
Kenyataan tersebut turut disahkan oleh
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengtakan Aishah adalah
merupakan individu dikehendaki pihak polis pada tahun 1970-an. Beliau berkata,
polis pernah memburu dan memantau segala pergerakan mangsa ketika di London
selepas dia dikesan menyertai kumpulan pelampau berfahaman komunis di negara
ini.
Tambah menimbulkan keraguan ‘gerakan
menyelamatkan’ Aishah ini turut disertai oleh Hisahmuddin Rais yang
memang terkenal sebagai salah seorang penganut fahaman sosialis, sebuah
ideologi yang mirip dan menyerupai fahaman komunis.
Tidak cukup dengan itu, portal
Malaysiakini turut memberikan satu ruangan eksklusif kepada semua tulisan dan
pandangan Hishamuddin Rais yang dikatakan telah berjaya memberi pengaruh besar
terhadap perjuangan reformasi khususnya anak-anak muda. Apakah ia bertujuan
untuk mempromosikan idea perjuangan komunis atau hanya sekadar memaparkan
coretan dan nukilannya?
Mungkin akan ada yang mengatakan sosialis dan komunis adalah
merupakan ideologi yang berbeza dan tidak boleh disamakan. Namun sekiranya kita
teliti sejarah, ia sebenarnya tiada bezanya. Malah ia turut diakui sendiri oleh
para pemimpin pembangkang.
Contohnya Parti Sosialis Malaysia
(yang merupakan parti yang menyokong pakatan pembangkang) sebelum ini pernah
dikaitkan dengan komunis dan bertegas tidak akan menanggalkan gambar pejuang
revolusi komunis, Karl Marx daripada mana-mana pejabat dan markas parti itu
Ahli Majlis Tertinggi PSM, Dr. M.
Jeyakumar berkata, kenyataan yang melabelkan Marx sebagai 'syaitan' merupakan
satu tuduhan liar. Sedangkan semua mengetahui pemimpin yang dijadikan sebagai
idola itu merupakan pejuang fahaman komunis.
Malah Presiden Pas, Abdul Hadi Awang
ketika kempen pilihanraya umum yang lalu pernah mendedahkan kenapa parti itu
terpaksa bertanding sehingga berlaku pertindihan calon di beberapa tempat.
Beliau menyifatkan langkah itu sebagai usaha penyelamat bagi memastikan
tiada 'syaitan' menyerap masuk dalam pakatan pembangkang yang
pastinya tidak boleh diterima oleh Pas.
Abdul Hadi turut menyatakan parti itu cuma
bekerjasama dengan PKR dan DAP sahaja tetapi tidak dengan calon parti lain yang
menjulang gambar Marx serta Vladimir Lenin dan Joseph Stalin.
Bukankah ia sudah cukup untuk mengaitkan
sosialis dengan komunis. Ini kerana sekiranya hujah yang diberikan datangnya
dari pemimpin Umno, sudah pasti mereka mendakwa ia sebagai gerakan propaganda
untuk melemahkan pakatan.
Berbalik kepada isu tadi, persoalannya
ialah mengapakah portal pro pembangkang dan Hishamuddin begitu berminat untuk‘menyelamatkan’ Aishah?
Apakah kerana dia seorang warganegara Malaysia atau kerana dia seorang
penyokong komunis?
Sedangkan sebelum ini, ramai lagi
warganegara Malaysia yang menjadi mangsa di negara luar seperti terjebak
sindiket‘keldai dadah’, pelacuran malah ada yang dilarikan ke Lombok.
Mengapa semua mereka ini tidak diberikan perhatian yang khusus?
Tetapi apabila ada isu yang melibatkan
komunis, syiah, liberal dan semua ideologi yang berhaluan kiri, mereka
kelihatan begitu beria-ria memberikan perhatian. Bukanlah niat untuk menuduh
mereka menyokong fahaman kiri seperti komunis, namun tindakan mereka itu begitu
diragui sehingga menimbulkan persepsi sedemikian.
1 comment:
Meloyakini menganggap:-
1. SEMUA rakyat patriotik Malaysia bodoh macam mereka.
2. Semua pembohongan mereka adalah benar.
3. Seperti anjing dan kucing kurap mereka adalah pemakan najis dan penjilat jubor mat salleh yang membiayai mereka. Lebih kurang macam khinzir/babi yang memakan najis sendiri.
4. Orang MELAYU tidak tahu apa-apa dan hanya menerima apa sahaja kecaman, slandering, badmouthing dari mereka baik yang bukan Melayu maupun apologist Melayu yang tidak sedar diri dan asal usul mereka.
.........dan banyak lagi.
Post a Comment