KL CHRONICLE: Kini @dapmalaysia Marah Nik Aziz Kerana Hina Komunis #KLChronicle

Friday, October 25, 2013

Kini @dapmalaysia Marah Nik Aziz Kerana Hina Komunis #KLChronicle



Agak mengejutkan apabila Nik Aziz menyamakan UMNO dengan Komunis dalam usahanya untuk memburukkan UMNO.  Alasan Nik Aziz, UMNO membuat pembangunan dan pemerintahan komunis juga membuat pembangunan untuk rakyatnya.  Oleh itu, beliau mengakui ada perkara baik yang dibuat oleh UMNO tetapi, selagi masih ada lagi perkara yang tidak baik yang dilakukan UMNO maka samalah saja dengan komunis. 



Kita bukan terkejut dengan hujah merapu Nik Aziz itu, kita cuma terkejut kerana beliau meletakkan perbandingan UMNO dengan komunis bagi menunjukkan keburukan UMNO.  Walhal, parti PAS turut membela komunis melalui Naib Presidennya Mat Sabu. Siapa yang dapat melupakan bagaimana bersungguh-sungguhnya Mat Sabu membela Mat Indera. 

Tatkala Mat Sabu membela komunis, Nik Aziz tidak pula membantah maka tidak salah jika dikatakan bahawa Nik Aziz tidak punya masalah dengan cara pemerintahan komunis. 

Nik Aziz juga mungkin perlu berhati-hati bila bercakap tentang komunis kerana ia mampu menyinggung DAP.  Sokongan hatta sanjungan DAP terhadap komunis bukan rahsia malah ia merupakan satu perjuangan yang tiada penghujungnya. 

Begitu hebat sanjungan DAP terhadap komunis sehinggakan mereka sanggup mencuba sedaya upaya untuk membawa balik abu mayat Chin Peng ke Malaysia untuk diberi penghormatan taraf wira. 

Bukan Nik Aziz tidak tahu bahawa dalam DAP membela komunis, terdapat penyokon-penyokong PAS yang turut serta.  Di laman-laman sosial mereka bertanya, kenapa harus marah kepada komunis yang hanya ‘memerintah’ selama 2 minggu tetapi tidak menunjukkan tahap kemarahan yang sama pada British atau Jepun yang menjajah bertahun-tahun? 

Untuk pengetahuan penyokong PAS, kita marah kepada komunis sehingga ke hari ini kerana mereka cuba mengubah sejarah manakala British, Jepun, Portugis mahupun Belanda yang pernah menjajah negara ini tidak mengambil sikap biadap dan hipokrit untuk menutup atau menafikan kekejaman dan ketamakan nenek moyang mereka dahulu. 

Kita marah kepada komunis kerana mereka masih lagi cuba menjajah Malaysia, secara kurang ajar, mencabar dan memperlekeh orang-orang Melayu dengan menggunakan nama DAP.  Mereka sanggup membawa sejarah palsu ke layar filem semata-mata untuk membasuh minda generasi muda.  Tindakan ini bukan sahaja biadap, tetapi merbahaya. 

Namun, jelas sekali, orang-orang PAS tidak marah pada komunis kerana komunis menentang kerajaan.  Bagi PAS, komunis itu adalah sahabat yang sama-sama berjuang untuk merampas Putrajaya. 

Justeru, jika komunis begitu baik, kenapa pula Nik Aziz memandang komunis sebagai ‘sama jahat dengan UMNO’?   Jika sama-sama jahat, kenapa PAS boleh berpakat-pakat dengan komunis, tetapi tidak dengan UMNO? 

Harap Nik Aziz jangan cuba berdalih konon DAP itu bukan komunis.  DAP tidak pernah menafikan yang mereka menyokong dan menyanjung komunis.  Begitu juga dengan Naib Presiden PAS. 

Oleh itu, mungkin Nik Aziz wajar mengadap Lim Kit Siang dan menerangkan pendiriannya iaitu apakah komunis itu jahat seperti UMNO atau wira yang perlu disanjung? 

Selain itu, kita juga ingin bertanya Nik Aziz, jika kerajaan yang membuat pembangunan tetapi tidak baik seratus-peratus perlu ditentang, maka bagaimana pula kerajaan yang tidak membuat pembangunan langsung seperti kerajaan PAS Kelantan?  Apakah ia perlu disokong? 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget