#BeraniHijrah |
Pilihan
Raya Kecil Sungai Limau bakal berlangsung 4 November ini menyaksikan
pertembungan dua penjuru antara Barisan Nasional dan juga PAS.
Kedua-dua
calon ini sekarang sedang giat berkempen untuk menempuh PRK ini dengan berusaha
untuk memenangi hati pengundi di Sungai Limau.
Mari
kita lihat biografi kedua-dua calon ini, pertama kita selak latar belakang
calon PAS. Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Samat merupakan pengarah Pusat
Asuhan Tunas Islam Kedah. Beliau berumur 37 tahun dan mempunyai lima orang
anak.
Beliau
merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyah lulusan Universiti Al
Azhar Mesir dan juga memegang Diploma Pendidikan Pengajian Islam.
Dalam
bidang politik, selain ketua pemuda PAS Jerai, beliau juga merupakan Exco
Pemuda PAS Negeri Kedah.
Calon
BN pula menampilkan Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan beliau mempunyai kelulusan tinggi selain
pernah terlibat dalam parti termasuk kini sebagai Anggota Jawatankuasa UMNO
Bahagian Jerai dan aktiviti kemasyarakatan.
Ahmad
Sohaimi yang merupakan pensyarah kanan Jabatan Pengajian Kemasyarakatan,
Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI berasal dari Kampung Titi Batu, Guar Chempedak
di sini.
Jadi
sudah jelas nampak perbezaan dua calon BN dan PAS ini, perbandingan antara
Pengarah Tadika dan juga Pensyarah Kanan Universiti.
Antara
mereka berdua, nampaknya calon BN lebih berkredibilti untuk mentadbir Sungai
Limau berdasarkan latar belakang dan pengalaman yang ada sebagai seorang
pensyarah.
Tinggi
mana pun belajar, pengalaman adalah lebih berguna untuk mentadbir. Berdasarkan
umum calon BN yang sudah 52 tahun, rasanya beliau lebih banyak makan garam
berbanding calon PAS yang baru 37 tahun.
Pertaruhan
PAS nampaknya kurang menggigit, tetapi tiada siapa dapat menjangka apa yang
bakal terjadi. Cuma kalau pengundi bijak, mereka pasti tahu bagaimana untuk
menilai dan memilih wakil rakyat mereka.
Apa
yang pasti, penduduk Sungai Limau perlukan perubahan dan kemajuan di tempat mereka
seiring dengan kawasan lain bagi memastikan mereka tidak ketinggalan.

yang pasti, penduduk Sungai Limau perlukan perubahan dan kemajuan di tempat
mereka seiring dengan kawasan lain bagi memastikan mereka tidak
ketinggalan.
2 comments:
penduduk sg limau sekarang dah dapat jln berturap segera

Post a Comment