Deepak Jaikishan dalam satu mesej SMS yang dihantarnya kepada editor-editor portal internet telah menafikan pembabitannya dengan penerbitan sebuah ceritera berjudul Black Rose 1.0. Katanya, "Black Rose yang disiarkan di beberapa laman web adalah satu bentuk penipuan dan bukannya versi karangan saya, sila padamkan nama saya daripadanya." Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis belum kelihatan mana-mana portal milik pembangkang menyiarkan penafian saudagar karpet yang sedang berdepan dengan tindakan undang-undang daripada sebuah institusi kewangan antarabangsa itu. Berkemungkinan besar keengganan media dan portal pro PR menyiarkan penafian Deepak bertujuan untuk mengelakkan hilangnya kredibiliti mereka di mata para pembaca yang kebanyakannya terdiri daripada penyokong pakatan pembangkang. Apatah lagi beberapa hari sebelumnya merekalah yang beriya-iya benar mempromosikan penerbitan ceritera e-book tersebut. Dari segi taktikal strategi langkah media dan portal pro PR itu boleh dikira betul, namun jika diambil kira dari aspek ketelusan dan etika kewartawanan, ia jelas memperlihatkan betapa laungan kebebasan media yang sering dilaungkan hanyalah temberang dan propaganda politik sahaja. Apabila kita membaca e-book The Black Rose 1.0 sebenarnya saling tak berbeza seperti membaca sebuah cerita rekaan berbentuk fiksyen yang menggambarkan imaginasi si penulisnya yang cuba melayang ke awan tapi tak kesampaian. Mengikut hebahan awal oleh portal pro PR, ceritera e-book Black Rose ini kononnya bakal menceritakan plot hubungan rapat Deepak dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta kaitannya dengan P.I Bala dan Altantuya. Promosinya gempak siap manipulasi nama PM dan isteri, maka berangan-anganlah para penyokong PR membayangkan Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam mengubah akuan bersumpah PI Bala dan pembunuhan Altantuya. Namun bila terbit sahaja e-book tersebut, hancur luluh para penyokong pembangkang membacanya, tiada satu pun kaitan nama PM mahupun isteri yang kelihatan dari awal hingga habis cerita. Tipah tertipu. Ketidakyakinan si penulis terhadap penceritaannya sendiri jelas sangat kelihatan apabila watak yang ditampilkan hanya menggunakan nama samaran, tiada satu pun nama betul yang berani disebut secara teranga-terangan. Setidak-tidaknya tulislah nama watak yang betul, sekurang-kurangnya tidaklah nampak sangat temberangnya cerita fiksyen itu. Macam ini punya karya sampah macam mana nak lawan karya cereka garapan oleh penulis imaginasi fiksyen terkenal Raja Petra Kamaruddin?
No comments:
Post a Comment