KL CHRONICLE: CERITA TUN MAHATHIR YANG TIDAK RAMAI TAHU

Wednesday, January 23, 2013

CERITA TUN MAHATHIR YANG TIDAK RAMAI TAHU

BACA JANGAN TAK BACA...!!!


TAHUKAH ANDA?? KISAH INI BELUM PERNAH DICERITAKAN DAN INI KALI PERTAMA SAYA MENDENGARNYA..

"Dari segi apa kamu menghukum Tun Dr Mahathir tidak memperjuangkan Islam ? Dari segi apa ? Dan siapa kamu nk menghukum Tun Dr Mahathir.?

Tun M pernah DITEMBAK di bahu kanan beliau ketika beliau ingin menyelamatkan umat Islam di Bosnia suatu ketika dahulu. Tapi beliau tak nak bgtau sesiapa pun.

Malah, sebelum itu, Beberapa ahli kabinet beliau offer untuk pergi tapi beliau enggan.... Beliau kata "tak pa lah, kalau hangpa mati sapa nak jaga negara, biar saya pi sorang ja"

Kisah ini diceritakan sendiri tentera yang menjaga beliau ketika misi itu. Kuatnya hati beliau. Cekalnya hati beliau. Besarnya hati beliau:


1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5) Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Bila berbicara soal beliau MMI sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.

Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.

Terima Kasih Tun , keranamu kini kami generasi pewaris menikmati hasilnya..

7 comments:

Anonymous said...

Orang2 pas mana nak ambil tahu cerita ini, merika hanya tahu mefitnah dan doa ko.kapir bagi umno,sorga untuk pas,yg buruk umno,merika baik semua walau pun pemimpin merika berzinah,meliwat semua salah umno.

pakmalek@yahoo.com said...

Semua raayat Malaysia jgn mudah lupa,lalaidan leka hidup didalam Malaysia yg damai dipimpin oleh PM yg ditunjangi olih UMNO, walaupun sebuah Negara raayatnya majmuk. Berlandaskan pakatan murni dan keutohan Perlembagaan,dasar2 pentadbiran dapat dilaksanaan, dan seterusnya damai ini untuk diwarisi olih anakcucucicit kita, marilah bersatu mempertahankannya. Jasa pemimpin jgn dilupai, bersyukur kehadrat Allah yg merestuinya.Bersatu kita teguh bercerai Negara hancur.

Anonymous said...

Cerita ni susah nak percayalah, bunyi cam ngarut sangat je.
Apa kata tuan punya blog tanya sendiri kat Tun Dr M melalui blognya.

Rozaq said...

Cerita ni benar.. Saudara sy adalah pembantu rumah Dr M. dia syg sgt kat Dr M. suatu hari sy tya knp. . Di waktu org lain tidor Dr M x tido dan masih lg buat kerja.. Periatiwa dia di tembak tu benar.. Ikhlas kerja Dr M sampai rakyat semua dia x nak bgtau

Anonymous said...




salaam

sekiranya benar cerita Ayahanda Tun ditembak..ianya tidak memeranjatkan aku

Ayahanda Tun adalah anugerah Allah kepada bumi dan rakyat Malaysia

Ayahanda Tun juga adalah anugerah Allah kepada dunia Islam

aku sekeluarga amat berterima kasih (rasa mcm tak cukup utk berterima kasih)kpd Ayahanda Tun

semoga Allah memelihara Ayahanda Tun sekeluarga

dan memberkati serta melindungi bumi dan rakyat Malaysia dr anasir2 perosak

-sygTUN-


Anonymous said...

Tang mana kisah Dr M tu benarnya? Marina Mahathir [Anak Tun] dah bagi kenyataan yang che det ni x pernah kene tembak kat page fb 'Saya Sayang Tun Mahathir'..1 cerita x betui, jgn harap orang akan percaya sume cite kat atas ni betuii..kah3~

Anonymous said...

saya dari masa hadapan...skrg PAS dan Tun M dah becomolots dan menjalin hubungan intim bersama..cukurr

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget