KL CHRONICLE: @mediaumno : @Khalid_Ibrahim MENIPU LAGI, LAGI DAN LAGI..

Tuesday, October 2, 2012

@mediaumno : @Khalid_Ibrahim MENIPU LAGI, LAGI DAN LAGI..


Persoalan yang telah dilayangkan oleh Ketua Pemuda UMNO Selangor, YM Ungku Salleh Ungku Jamal hampir sebulan yang lalu kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai status bas kontroversi Jelajah Merdeka Rakyat tidak dimampu dijawab oleh Tan Sri.

Klik sini, artikel mengenai desakan tersebut.


Tindakan Tan Sri yang seolah² cuba membuat bodoh akan pertanyaan tersebut telah mengundang rasa marah rakyat Selangor khususnya yang merasakan ada sesuatu perkara yang tidak kena dengan milikan status bas ini.

Cuba kita tengok gambar di bawah ini.



Saya merasakan jika Khalid Ibrahim ingin terus menerajui kepimpinan negeri Selangor, maka sikap ketelusan mengenai sesuatu perkara perlu diperjelaskan secara baik dan terperinci. Lihat bagaimana kerajaan Persekutuan hari ini memperjelaskan kepada rakyat mengenai sesuatu perkara yang sengaja dilontarkan oleh Pembangkang dengan niat memburukkan reputasi Barisan Nasional (BN).

Berbalik kepada isu pemilik bas tersebut.

Dalam kenyataan yang disiarkan dalam akhbar SelangorKini (31 Ogos 2012 - 7 Sept 2012), Khalid menjelaskan bas ini disewa khas olehnya untuk kegunaan PR menjelang Pilihanraya Umum 13 akan datang. Khalid juga turut menegaskan membayar sewa bas tersebut menggunakan duit poketnya sendiri.


baca lanjut di sini

SUMBER : BLOGGER REZQEEN HILL

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget