KL CHRONICLE: @mediaumno : [EXCLUSIVE] Ketua Perkasa P.Pinang dakwa ada campur tangan politik dalam perniagaan keluarganya

Wednesday, October 3, 2012

@mediaumno : [EXCLUSIVE] Ketua Perkasa P.Pinang dakwa ada campur tangan politik dalam perniagaan keluarganya


Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin hari ini mendakwa beliau mengesyaki Ketua Menteri Lim Guan Eng telah mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membatalkan lesen operasi gerainya di Pasar Teluk Bahang di sini.
Katanya, alasan yang diberikan untuk pembatalan lesen itu ialah beliau telah tidak menjalankan perniagaan selama sebulan dan beliau telah menjelaskan sebab gerai itu tidak dibuka adalah kerana isterinya sedang sarat mengandung anak keempat mereka.
"Saya yakin pembatalan lesen itu mempunyai kaitan dengan insiden kekecohan yang berlaku di Teluk Bahang pada 30 Jun lepas yang melibatkan Ketua Menteri dengan penduduk di kawasan itu, dan saya berada di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau yang menjalankan perniagaan pakaian dan keperluan harian berkata MPPP telah menolak dua rayuannya dan beliau dimaklumkan pada 25 Sept lepas menerusi sepucuk surat yang menyatakan masih boleh membuat rayuan.
Mohd Rizuad berkata beliau membayar sewa gerai pada setiap bulan dan apabila ditanya kenapa rayuannya ditolak, pegawai MPPP cuma menjawab mereka menerima arahan dari "orang atasan".
Yang Dipertua MPPP Datuk Patahiyah Ismail gagal dihubungi untuk mendapatkan komen beliau mengenai perkara it
Lim Guan Eng, yang selama ini melaungkan kebebasan bersuara dan kuasa rakyat hari ini telah menunjukkan siapa dirinya yang sebenar. Hanya kerana ada orang yang tidak suka kepada kepimpinan Guan Eng, peluang mencari rezeki beliau disekat di Pulau Pinang. Mana kebebasan bersuara yang Guan Eng laungkan selama ini? 
Selain itu, ini baru saja dapat kuasa di Pulau Pinang, sudah semua yang membangkang kepimpinan DAP ditekan sebegini rupa tanpa perikemanusiaan. Tidak pernah kerajaan Barisan Nasional menghalang mana mana pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Guan Eng , Kit Siang dan lain lain daripada mencari rezeki di negara ini.Bukan saja itu, malah mereka juga diberikan AP, driver dan sebagai nya sesuai dengan jawatan yang mereka ada. 
Jadi pikirlah sendiri, adakah betul Pakatan Rakyat (PR) akan menjamin kebebasan suara yang kita ada sekarang atau meraka akan menjadi satu regim yang tidak akan bertolak ansur terhadap "political Dissent" di negara ini?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget