KL CHRONICLE: @mediaumno : TERKINI SUARAM HALANG POLIS MASUKI PEJABAT MEREKA!

Wednesday, September 19, 2012

@mediaumno : TERKINI SUARAM HALANG POLIS MASUKI PEJABAT MEREKA!


Pejabat Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) di sini hari ini didatangi oleh enam orang pegawai pendaftar pertubuhan (ROS) dan polis.

Menurut peguam yang berada di pejabat SUARAM, Fadiah Nadwa Fikri, polis dan pegawai ROS itu datang ke pejabat SUARAM pada sekitar 11:50 pagi tadi.

"Mereka cuba untuk masuk ke pejabat untuk melakukan siasatan, tetapi kami tidak benarkan.

"Setakat ini mereka hanya berada di luar pejabat, dan kami masih tidak membenarkan mereka masuk, keadaan masih lagi dalam keadaan terkawal," kata Fadiah lagi.

Serbuan ini dikaitkan dengan dakwaan SUARAM menerima dana asing dan pertubuhan ini dikatakan mempunyai "akaun yang meragukan".

Badan hak asasi manusia itu dikatakan menerima serangan kerana terus terlibat dalam siasatan dari Perancis berkenaan penyelewengan wang bernilai berbillion ringgit untuk membeli dua buah kapal selam Scorpene.

THE KUALA LUMPUR CHRONICLE

Dengan tidak memberi kebenaran kepada Polis untuk memasuki pejabat SUARAM, secara tidak langsung SUARAM mempunyai masa untuk menghapuskan segala bukti berkaitan hubungkait mereka dengan agensi - agensi luar negara dan George Soros. Satu tindakan yang "kurang bijak" kerana ini hanya membuktikan SUARAM bersalah dalam menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan. 

2 comments:

Anonymous said...

Menghalang polis dari menjalankan tugas. Satu kes lagi.

Nuar tak habis2 nak bikin huru hara. Belum berjaya lagi setakat ini.

Kalau Polis pandai pula computer dan Notebook itu jangan di ceraikan dari internet connection. Biar dulu sambil buat siasatan. Pasti address itu akan di hubungi atau ada data data yang di update.

Anonymous said...

Menghalang polis dari menjalankan tugas. Satu kes lagi.

Nuar tak habis2 nak bikin huru hara. Belum berjaya lagi setakat ini.

Kalau Polis pandai pula computer dan Notebook itu jangan di ceraikan dari internet connection. Biar dulu sambil buat siasatan. Pasti address itu akan di hubungi atau ada data data yang di update.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget