KL CHRONICLE: @mediaumno : TERKINI @PDRMsia MASIH GAGAL MASUK PEJABAT SUARAM!

Wednesday, September 19, 2012

@mediaumno : TERKINI @PDRMsia MASIH GAGAL MASUK PEJABAT SUARAM!


Sehingga 6.00 pm hari ini Polis masih gagal memasuki ibu pejabat SUARAM. Ini kerana pekerja - pekerja NGO tersebut telah menghalang polis memasuki pejabat akibat tidak mempunyai dokumen yang lengkap. Persoalan disini mengapa SUARAM begitu khuatir pihak Polis memasuki pejabat mereka jika mereka "have nothing to hide"

Walau bagaimanapun, hari ini secara rasminya SUARAM telah mengaku bahawa mereka adalah sebuah syarikat Sdn Bhd dan bukannya sebuah pertubuhan. Memetik kata - kata pengarah eksekutif SUARAM :

"Harap maklum bahawa organisasi ini adalah syarikat Sdn Bhd iaitu Suara Inisiatif Sdn Bhd, dengan nombor pendaftaran (562530-P)"   

Ketika sidang medianya kepada pemberita, Nalini menjelaskan, SUARAM tidak akan mendaftar sebagai pertubuhan kerana mereka merupakan sebuah entiti syarikat, dan bukannya pertubuhan. 

Dengan pengakuan SUARAM bahawa mereka adalah hanya sebuah syarikat, ini terbukti bahawa SUARAM merupakan satu "frontier" atau "front liner" bagi golongan pelobi - pelobi asing melaburkan duit mereka dalam menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang "was democratically elected by the people" . Mengapakah pelobi - pelobi asing ini tidak menghormati institusi demokrasi negara?

Anwar Ibrahim pula ke serata tanah air melaungkan slogan demokrasi dan "merdeka rakyat" sebagainya tetapi sanggup menjatuhkan kerajaan melalui "back door" menggunakan duit / dana asing.
Persoalan saya, adakah dana - dana asing ini telah digunakan untuk membeli Lajim Ukim dan Wilfred Bumburing beberapa bulan lepas? tempoh sama dimana SUARAM telah diketahui umum menerima dana asing? Ini terpulang kepada pembaca untuk menilai. 

2 comments:

Anonymous said...

Communism in the 21st century dont live in the jungles.

Anonymous said...

dengan pengakuan tersebut ia adalah merupakan bukti, maka tertimbul persoalan selama beberapa tahun ni kenapa berlagak macam NGO dan bukan macam badan pernigaan?

logik lah kena jawab

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget