KL CHRONICLE: @mediaumno : PRU13 - @Khalid_Ibrahim Akan Bertanding Di Kawasan 50:50

Friday, September 7, 2012

@mediaumno : PRU13 - @Khalid_Ibrahim Akan Bertanding Di Kawasan 50:50




Percaturan politik gila apakah yang sedang melanda kerajaan negeri Pembangkang, Selangor hari ini. Bukan sekadar ura² namun ini adalah perkara benar yang mana penduduk di DUN Ijok dan Parlimen Bandar Tun Razak terpaksa terima.

Apa yang terpaksa terima pula?

Menteri Besar Songkok Senget, Khalid Ibrahim tidak akan mempertahankan kedua² kawasan tersebut pada PRU 13 akan datang. Jika sebelum ini, desas desus mengatakan Khalid Ibrahim akan bertanding menggantikan anak Anwar Ibrahim iaitu si Nurul Izzah di Lembah Pantai namun jangkaan tersebut nyata sekali meleset.


Mungkin di bawah ini jawapan untuk persoalan di mana Khalid Ibrahim sendiri akan bertanding di kawasan lain selain Ijok, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.

Lihat di bawah.


Ini daftar pemilih yang terbaru diperiksa mendapati Khalid Ibrahim berkemungkinan besar akan bertanding di Dewan Undangan Negeri, Bukit Melawati yang juga di dalam kawasan Parlimen Kuala Selangor. Apa kehenya Khalid Ibrahim tercampat jauh di barat Selangor.

Adakah Khalid Ibrahim merupakan calon popular di sana ataupun Khalid Ibrahim hanya akur mengikut perancangan Pengarah Strategi PKR iaitu si Rafizi Ramly dan dipersetujui oleh Anwar Ibrahim??

Sebagai seorang yang waras, saya merasakan kehendak PKR meletakkan Khalid Ibrahim di kawasan tersebut sebagai salah satu cara untuk mematikan langkah perjalanan karier politik Khalid Ibrahim.

Sekadar info dan rekod bersama, di bawah ni wakil rakyat bagi DUN dan Parlimen kawasan tersebut.


ADUN Bukit Melawati
YB Muthiah A/L Maria Pillay (PKR)

Untuk maklumat lanjut sila baca di SINI

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget