KL CHRONICLE: @mediaumno : KETIDAKADILAN KEBEBASAN AKHBAR DI MALAYSIA

Saturday, August 4, 2012

@mediaumno : KETIDAKADILAN KEBEBASAN AKHBAR DI MALAYSIA


Akhbar-akhbar bahasa Cina menikmati kebebasan yang cukup luas di negara ini, berbanding dengan akhbar bahasa Malaysia dan Inggeris. Akhbar-akhbar Cina bebas sebebasnya, bebas mengkritik kerajaan, menidakkan kebenaran, mengelirukan fakta, tidak perlu menimbang perasaan kaum lain, tidak perlu beretika dan tidak perlu menghormati perkara-perkara dalam kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama dengan kaum-kaum lain.
Akhbar-akhbar ini bersuara berani atas kepercayaan mereka hidup dalam dunia mereka sendiri tanpa dibaca oleh seluruh rakyat Malaysia, kecuali orang Cina dan segelintir bukan Cina seperti pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri yang tidak cekap dan tidak begitu memahami manipulasi akhbar.
Ini berbanding dengan akhbar bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang bersifat nasional, dibaca oleh semua kaum di negara ini.
Akhbar Cina tidak dibaca oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau Menteri Dalam Negeri atau lain-lain menteri Melayu, tidak seperti Lim Kit Siang atau anaknya Lim Guan Eng yang setiap hari dapat membaca secara langsung Utusan Malaysia.
Najib, Hishammuddin Hussein dan Rais Yatim hanya mendapat terjemahan akhbar Cina dalam perkara-perkara yang” terpilih” sahaja, dan itu pun bergantung kepada kerajinan, sensitiviti, ketajaman politik dan dedikasi pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan. Apa pun tidaklah sama dengan membacanya pada setiap hari.
Kebanyakan akhbar Cina melepaskan tanggungjawab mereka terhadap tulisan-tulisan dari luar atau bukan anggota jabatan pengarang mereka yang bersifat kritikan secara melulu, sewenang-wenang dan penuh dengan sentimen. Itu boleh mereka katakan bukan pandangan atau dasar mereka.
Sebenarnya ketidakadilan berlaku dalam kebebasan akhbar di negara ini sejak sekian lama. Yang menghadapi tekanan daripada kerajaan dan masyarakat Malaysia ialah akhbar-akhbar bahasa Malaysia dan Inggeris. Golongan berpendidikan Inggeris daripada masyarakat Cina sendiri juga tidak ramai yang dapat membaca akhbar Cina. Maka, mereka tidak dapat membandingkan dengan akhbar bahasa Malaysia; mana yang lebih buruk, lebih perkauman dan yang lebih “jahat” antara akhbar bahasa Malaysia dan lain-lain akhbar Cina. Maka itu ramai antara mereka mempunyai persepsi yang salah terhadap akhbar Melayu.
Di bawah ini adalah suatu contoh kebebasan di kalangan akhbar Cina yang tidak mungkin akan dapat ditemui dalam akhbar Bahasa Melayu atau Inggeris (baca rencana dalam blog zamkata.blogspot.com). Walaupun terdapat beberapa fakta yang benar dalam tulisan ini, tetapi banyak fakta yang dikelirukan, penafian terhadap realiti dan dakwaan yang berasaskan sentimen. Ia menggambarkan kemerosotan ekonomi dan masa depan Malaysia yang buruk. — Utusan Malaysia
* Tan Sri Zainuddin Maidin ialah Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Mahathir, Universiti Utara Malaysia

3 comments:

Anonymous said...

Rasanya dah cukup 'bebas' Utusang Malaysia dan Berita Haruan dijadikan platform untuk menghentam pembangkang tanpa sedikit ruang untuk pembelaan.Hampa nak 'bebas' macam mana lagi....Opss,lupa 'mamak' bukannya 'melayu,tapi perasan 'melayu'.

Unknown said...

Salam sejahtera, mohon di link blog KL BOYZ dilaman ini...Terima Kasih.
http://klboyzwangsa.blogspot.com/

Anonymous said...

Field should stay an open area
________________________________________
A group of villagers in Kuala Ampang are hoping that the state government would not grant a permanent land title to the Ulu Klang Recreation Club (UKRC) in Jalan Kabus.
UKRC is appealing to Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim to amend the status of the club’s land but an opposing group wants the authorities to maintain the status quo of the field.
Gombak MCA division chairman Datuk Yip Kum Fook who was very bad name in Buddhist and who was representing the villagers, said if a title is issued for the land and clubhouse, it would then become an exclusive club and would only be opened to members.
In principal, Yip said the clubhouse served as a community hall for Kuala Ampang villagers and giving exclusive rights to UKRC would deprive the local community of a meeting place.
He said according to the Shah Alam High Court’s decision dated Dec 20, 2011, the field is to remain as an open area and there should not be an appeal. But UKRC’s recent appeal is going against the decision and therefore should not be entertained by the state government.
“The decision is binding and therefore UKRC should not claim exclusive rights.
“The villagers do not mind if the field and clubhouse is maintained by the UKRC committee but granting a title will give rise to other problems in the future.
“There is a clause that states that the title can be transferred to other parties with the consent of the state authorities.
“Therefore in order to avoid legal battles in the future, it is imperative that the field is not issued a title and is open to the public,’’ added Yip Kum Fook.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget