KL CHRONICLE: SEMINAR FIQH: MALAYSIA BUKAN NEGARA SEKULAR? @mediaumno

Monday, June 18, 2012

SEMINAR FIQH: MALAYSIA BUKAN NEGARA SEKULAR? @mediaumno

PADA sesetengah orang terutama yang berpakaian kerajaan tapi berfahaman pembangkang, menerima pandangan seorang alim ulama lagi professional bahawa Malaysia bukan negara sekular seperti yang mahu dipercayai oleh semua penyokong pembangkang yang berpegang kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1988 yang menyebutkan Malaysia adalah sebuah negara secular.

Inilah kesimpulan penulis melihat dari respon-respon segelintir peserta selepas pembentangan kertas kerja terakhir seminar oleh Dr. Muhammad Uthman El Muhammady semalam.

Pada penulis sendiri yang tidak berganjak mendengar pembentangan kertas kerja Dr. Uthman, berpendapat pandangannya itu adalah berasaskan kepada buku-buku dan pandangan para ilmuan Islam dan barat mengenai sekularisme ini, bukan dicipta sendiri oleh Dr. Uthman. Sudah tentu perkataan sekular ini tidak wujud di dalam al-Quran kerana ia adalah satu perkataan yang diperkenalkan barat untuk memudahkan penuturan bagi menggambarkan sistem pemerintahan yang membawa kepada pemisahan agama dan urusan kerajaan.

Lagipun seperti yang dijelaskan Dr. Uthman, Ketua Hakim Negara pada ketika keputusan Mahkamah tersebut dibuat, Tun Salleh Abas (yang juga mantan ADUN dan Exco kerajaan PAS Terengganu) tidak menyatakan Malaysia sebuah negara sekular, sebaliknya menyebutkan ada undang-undang negara ini yang bersifat sekular.

Satu-satunya yang mengatakan Tun Salleh menyebutkan negara ini sekular adalah Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh. Sudah tentu Karpal mahu percaya dengan perkara tersebut kerana DAP memang menanti kenyataan seperti ini untuk menyokong tujuan dan matlamat agung penubuhan DAP – menubuhkan republik Malaysia.

Kepada peminat pembangkang yang gemar menggambarkan Malaysia ini sebagai negara sekular, pandangan Karpal itu adalah satu-satunya kenyataan yang tinggal untuk menunjukkan Malaysia ini sekular, setelah hampir semua perkara yang tertulis dalam perlembagaan kita tidak langsung menjurus ke arah itu.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget