KL CHRONICLE: KISAH MERDEKA CENTRE

Friday, June 15, 2012

KISAH MERDEKA CENTRE

Merdeka Centre merupakan satu lagi jentera yang digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk mencapai impian mereka untuk ke Putrajaya. Ada yang memikirkan bahawa mereka adalah kumpulan pemikir tetapi sebenarnya mereka hanyalah tukang pusing kerana itulah yang kini dilakukan oleh Merdeka Centre untuk PR.

Survey dan juga statistik yang mereka lakukan adalah sebenarnya bertujuan untuk mengelirukan rakyat terhadap Umno, BN dan Najib. Target utama mereka adalah Najib kerana beliau merupakan halangan terbesar bagi PR yang mahu memenangi PRU13.

Dalam masa-masa yang tertentu, tukang pusing ini mula menyebarkan statistik mereka - Populariti Najib menurun, populariti Najib naik, sekejap turun, sekejap naik, lebih kurang seperti permainan komputer. Mereka cuba untuk menghasut rakyat supaya percaya bahawa survey yang mereka lakukan adalah profesional.

Dan apabila tarikh PRU diumumkan, kemungkinan 'survey' baru akan dikeluarkan untuk menceritakan bahawa populariti najib sudah turun, akan kalah, habis. Semuanya untuk menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat adalah yang berkuasa.

Antara pelanggan-pelanggan utama Merdeka Centre adalah kerajaan PR bagi Pulau Pinang dan Selangor. Tukang pusing ini menjalankan tinjauan berkala bagi Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim dengan bayaran yang lumayan.

Mereka meninjau pendapat rakyat terhadap kedua-dua kerajaan negeri tersebut dan ketua bagi kedua-dua negeri. Namun, pernahkah anda terfikir mengapa mereka tidak pernah mengeluarkan maklumat terhadap Menteri Besar bagi kedua-dua negeri tersebut?

Apa kata tunjukkan kepada rakyat statistik bagi pendapat rakyat terhadap Anwar Ibrahim? Mengapa tidak keluarkan statistik apabila berlakunya isu video seks yang melibatkan Anwar? Setiap kali demonstrasi Bersih dijalankan, akan ada statistik yang menyatakan bahawa populariti Najib sekejap naik, sekejap turun.

Rakyat benar-benar ingin tahu ststistik terhadap populariti Anwar selepas Bersih 3.0. Statistik bagi Nizar Jamaluddin, setelah isu WWW1, Lim Guan Eng setelah kebanyakan bukit di Pulau Pinang dimusnahkan dan tentang Ambiga setelah berlakunya segala keganasan di jalanan. Dasar tukang pusing!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget