KL CHRONICLE: SULTAN JOHOR MURKA TERHADAP PEMIMPIN PAS PERAK @mbnizar @mediaumno

Thursday, June 14, 2012

SULTAN JOHOR MURKA TERHADAP PEMIMPIN PAS PERAK @mbnizar @mediaumno


Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini melahirkan rasa murka terhadap bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter baru-baru ini.

Sultan Ibrahim bertitah, tindakan Mohammad Nizar itu juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya.

``Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

``Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya?

``Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar.

``Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal kelima sidang Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar di sini.

" KEPADA ALLAH KAMI BERSERAH "
DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU!, DAULAT TUANKU!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget