Tahniah diucapkan kepada pergerakan UMNO Bahagian Seputeh yang kini sedang rancak mengadakan pelbagai program kemasyarakatan di Taman Desa. Jika hendak diharap pada ahli parlimen seputeh dari DAP, Ms. Teresa Kok, sampai bila pun program-program sebegini x dapat dijalankan.
Antara program yang dijalankan oleh UMNO Bahagian Seputeh hari ini adakah:
8.00 am : Gotong - royong perdana bahagian Seputeh di Taman Salak Jaya, dirasmikan oleh Dato Mustapa Kamal, Ketua UMNO Bahagian Seputeh.
9.00 am : Perasmian pertandingan bola sepak Piala Ketua Pemuda Bahagian Seputeh.
12.00 pm : Perasmian mesyuarat 9 cawangan oleh Dato Ketua Bahagian.
2.00 pm : Perasmian mesyuarat 3 cawangan di Seri Petaling oleh Dato Ketua Bahagian.
5.00 pm : Perlawanan persahabatan dengan Pemuda UMNO Bandar Tun Razak.
6.00 pm : Penutupan program bola Piala Ketua Pemuda.
Sekali lagi tahniah diucapkan kepada jentera dan barisan kepimpinan UMNO Bahagian Seputeh. Khidmat kepada masyarakat dan penduduk setempat tetap dijalankan walaupun kawasan parlimen berada di bawah pihak pembangkang, iaitu DAP.
Saya berasa kecewa dengan sikap ahli parlimen, @teresakok yang langsung tidak pernah mengadakan program gotong royong, ataupun program untuk anak-anak muda seperti pertandingan bola sepak di Seputeh. Tidak guna pihak pembangkang menjual diri sebagai memperjuangkan anak muda, jika program yang sebegitu simple seperti pertandingan bola sepak pun tidak dapat dilaksankan.
KABIR AKRAM
BB PIN 23AAD329
Twitter @kabir_ akram
No comments:
Post a Comment