KL CHRONICLE: KEBANGKITAN THE RED WARRIORS SALAH UMNO @umnoonline @mediaumno

Wednesday, May 23, 2012

KEBANGKITAN THE RED WARRIORS SALAH UMNO @umnoonline @mediaumno




Kebangkitan pasukan Bolasepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) sejak lebih 4 tahun lalu ternyata berjaya mencetuskan fenomena 'gila bola' pada hampir segenap lapisan masyarakat Kelantan tanpa mengira darjat keturunan dan sempadan politik.


Dek kerana kebangkitan tersebut juga, pelbagai pihak khususnya dari kalangan pemimpin parti politik berlumba-lumba menunjukkan keprihatinan mereka terhadap jatuh bangun pasukan TRW sekalipun berbelas tahun sebelum ini jejak kaki ke Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pun tidak pernah.

Saat meraikan kebangkitan pasukan bolasepak Kelantan, timbul satu persoalan yang penulis yakin sedang bermain-main di fikiran sesetengah kalangan kita. Dalam konteks politik Kelantan, pihak manakah yang bakal menerima tempias dan meraih sokongan khalayak khususnya golongan muda berikutan kebangkitan TRW sejak akhir-akhir ini?

Mungkin akan ada segelintir yang berpendapat persoalan tersebut langsung tiada kaitan antara sukan dan politik, dua bidang berlainan walau sebenarnya jika dinilai dari sudut urus tadbir dan kemampuan memacu daya saing ia berkait secara langsung.

Dan kita jangan lupa, setiap orang peminat sukan juga merupakan pengundi berdaftar yang juga akan menentukan arah mana trend sokongan untuk sesuatu parti politik. Atas sebab itu, logik persoalan ini ada meritnya untuk dibincang dan dirumuskan jawapannya.

Barangkali masing-masing pembaca sekalian sudah mempunyai jawapan yang mungkin berbeza dengan penulis, namun secara peribadi penulis melihat kebangkitan pasukan TRW Kelantan mempunyai kaitan rapat dengan keupayaan pengurusan dan corak kepimpinan yang dicernakan oleh Tan Sri Annuar Musa yang semua kita ketahui adalah salah seorang warlord UMNO Kelantan.

Walaupun acapkali pimpinan PAS negeri Kelantan cuba mengambil kesempatan menonjolkan diri mereka sebagai punca kebangkitan pasukan TRW, hakikat perjalanan jatuh bangun TRW menceritakan sebaliknya. 

Dulu sewaktu para pemain bergelut dengan masalah kelewatan pembayaran gaji serta tunggakan berbulan-bulan lamanya akibat masalah kewangan yang dialami Persatuan Bolasepak Amatur Kelantan (KAFA), tidak ramai pemimpin PAS yang sudi mengambil tahu masalah tersebut.

Hanya selepas pengurusan KAFA diambil alih oleh Tan Sri Annuar Musa pada tahun 2007 barulah sedikit sinar harapan buat pasukan TRW dan penyokongnya apabila ia mula menonjolkan peningkatan mutu permainan seterusnya menggapai satu demi satu kejayaan termasuklah menjuarai Piala Malaysia buat julung kalinya pada tahun 2010 dan terbaru menjuarai Piala FA.

Ruang Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu yang sekian lama sunyi kini meriah tiap kali adanya perlawanan bolasepak. Para peniaga kecil meraih tambahan pendapatan bagi asal saja bila adanya pertembungan bolasepak di stadium tersebut. Persekitaran stadium yang sebelumnya hidup segan kembali rancak meraih tempias dari kebangkitan TRW.

Bayangkan daripada sebuah pasukan belasahan yang pernah menjadi satu-satu pasukan negeri terpaksa turun taraf bermain dalam Liga FAM pada tahun 2005 berikutan kemerosotan prestasinya, kini dalam jangka waktu 4 tahun lebih TRW di bawah kepimpinan Tan Sri Annuar Musa telah menjadi satu kuasa baru dalam dunia bolasepak tanahair.

Tidakkah ini nyata membuktikan wujudnya kualiti dan kemampuan pemimpin UMNO dalam merungkai permasalahan seterusnya merencana kemajuan - ia satu perbezaan jelas jika dibandingkan 22 tahun retorik dan propaganda slogan yang selama ini menjadi zikir harian pemimpin PAS dan tidak membawa kita ke mana-mana.

Justeru itu, mengambil teladan dari kebangkitan skuad bolasepak Kelantan TRW, tidak menjadi satu kerugian untuk rakyat Kelantan memanfaatkan kualiti dan kemampuan para pimpinan UMNO untuk manfaat negeri Cik Siti Wan Kembang dengan mengangkat mereka untuk memerintah kembali Kelantan dalam pilihanraya umum nanti

1 comment:

Anonymous said...

Takpo la.....jong kijo ore UMNO....jong doa....Tok Guru.Berkat ken 2.Ore UMNO ni biase ja.....jong wak kijo riuh rendah skampong dia la.Bila boleh hasil PAS yg guna.Pusat Pentadbiran Darul Naim....UMNO buat.PAS jong duduk.LTSIP(AIRPORT)hasil usaha UMNO....ore PAS yg gyna kalok kala.Jmbatan Tendong,Salor,Kusial n Jambatan Sultah Yahya(buat PAS) tapi tambahan UMNO,kredit dan guna ngan baiknya PAS.Masjid....UMNO jong buat....jong guna ore PAS.Nasib la UMNO.Bola pun....ore UMNO majukan(TSAM)aik.....TG dpt kredit kerana bui cuti bila menang Piala FA.Sdap jadi ore PAS ni.Aku....sokong PAS doh...senamg tak payoh kijo.Sikit lagi TG nak bui bini free...ha...ha...ha.Sdap...sdap weh jadi ore PAS ni.UMNO muga jenis bako kuli batok 2 gak.Allahuakbar.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget