KL CHRONICLE: FESTIVAL JAZZ BAWA @HariBelia2012 KE ANTARABANGSA

Tuesday, May 22, 2012

FESTIVAL JAZZ BAWA @HariBelia2012 KE ANTARABANGSA



KUALA LUMPUR, 18 MEI 2012 - “Muzik jazz adalah salah satu aliran yang lunak didengar dan saya begitu bangga sekali dengan inisiatif yang diambil oleh anak muda masa kini dalam memperkembangkan lagi muzik jazz ke peringkat antarabangsa,”

“Saya juga difahamkan selain daripada komuniti tempatan,sebanyak lapan buah negara akan turut sama memeriahkan World Youth Jazz Festival  (WYJF) iaitu Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Indonesia, Filipina, India, Singapura dan Australia,” ujar Menteri Belia dan Sukan Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek selepas merasmikan Word Youth Jazz Festival (WYJF) di pasa raya Carrefour Sri Petaling semalam.

Festival ini adalah julung kalinya dibuat sempena bagi memeriahkan sambutan Hari Belia Negara 2012 yang bakal diadakan mulai 23 Mei ini di Putrajaya.

Didalam ucapannya, beliau menyifatkan jazz ini dapat menjadi salah satu komponen terpenting untuk Himpunan Jutaan Belia selain dapat membawa satu komuniti yang  khususnya dalam Kementerian Belia dan Sukan sendiri.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget