Belum pun habis sinetron Hudud,
kini timbul pula sinetron Muzakarah arahan Nik Aziz. Kedua-dua skrip sinetron ini sama saja iaitu
sekejap hendak, sekejap tak hendak dan kemudian salahkan UMNO. Lepas itu, diam sekejap bila disergah DAP,
dan salahkan UMNO lagi. Bila pilihanraya
makin hampir, timbul lagi dan kemudian salahkan UMNO lagi.
Hudud dan Muzakarah timbul
kembali akhir-akhir ini adalah bukti keterdesakan PAS. Dengan maruah yang sudah tiada lagi, PAS
bergelut untuk mengekalkan sokongan bagi menghadapi pilihanraya umum kali ini.
Pengumuman Hadi Awang untuk tidak
bertanding lagi seolah-olah bukti yang PAS sudah kehilangan semangat, buntu dan
kecewa. PAS menjadi mangsa kerakusan dan
ketakburan serta kebodohan pemimpin-pemimpin sendiri.
Jika orang Melayu berpecah dua
iaitu Melayu PAS dan Melayu UMNO, tetapi PAS itu sendiri berpecah seribu.
Ada yang berkiblatkan Anwar
Ibrahim, ada yang berkiblatkan Syiah, Komunis, ada yang masih bermimpi berada
di zaman Dato’ Asri, ada yang Wahhabi, dan ramai lagi yang buta tuli – tidak
sedar Negara Islam telah dibuang dari perjuangan, tidak sedar membontoti
belakang peliwat dan tidak kesah menyembah Dewi Murtad dan LGBT, Ambiga
Sreevanesan.
Penyokong-penyokong semuanya
dibenarkan menyedapkan hati sendiri dengan membuat alasan sendiri dalam
mempertahankan mana-mana pendirian atau keputusan parti yang bertentangan
dengan keputusan dan pendirian terdahulu, mahupun yang bertentangan dengan
Islam.
Melihat kepada kecelaruan PAS
ini, bukankah lebih afdal jika PAS duduk bermuzakarah sesama sendiri dahulu
daripada bergebang mengacah untuk bermuzakarah dengan UMNO?
Sedangkan, idea muzakarah ini
juga nampaknya dibuat tanpa bermuzakarah.
Kerana itulah Hadi cakap lain dan Nik Aziz cakap lain pula.
Hakikatnya, PAS telah
membangkitkan soal muzakarah minggu lepas dan menegaskan bahawa mereka sanggup
bermuzakarah dengan siapa saja termasuk UMNO.
Hakikatnya juga, UMNO telah menyarankan yang sama berkali-kali sebelum
ini, tetapi ditolak mentah-mentah oleh PAS.
Namun, demi perpaduan ummah UMNO
tetap menghulurkan tangan untuk menyambut tangan Nik Aziz kali ini.
Tidak semena-mena, Nik Aziz
menarik balik tangannya, manakala Hadi Awang pula menyembunyikan terus tangan
di belakang. Lalu, kelihatannya hanya
tangan UMNO yang masih terhulur dan dijadikan momokan oleh Nik Aziz konon UMNO
yang terdesak terhegeh-hegeh inginkan perpaduan dengan PAS.
Apapun, UMNO telah menjangkakan
bahawa PAS hanya ‘bermain wayang’ dalam soal muzakarah dan tidak terkejut
apabila PAS mengenakan berbagai syarat untuk tujuan itu.
Namun, apa yang lebih menyedihkan
ialah ketegasan Nik Aziz mempertahankan perpecahan ummah walaupun ketika
membincangkan soal muzakarah.
Kata Nik Aziz, muzakarah ini
harus berkenaan PAS lawan UMNO dan tentang kenapa UMNO lawan PAS dan bukannya
tentang perpaduan malah beliau
mengulangi buat kesekian kalinya pendirian untuk tidak sekali-kali menyokong
perpaduan ummah antara PAS dengan UMNO.
Jika mengikut kata-kata Nik Aziz
maka apa yang disarankan beliau bukanlah muzakarah tetapi debat, iaitu di mana
kedua-dua pihak menyatakan pertentangan pendapat dan prinsip masing-masing
tanpa berniat untuk mencari jalan perdamaian.
Justeru, apa yang dapat penulis
sarankan ialah, tepuk dada, tanyalah iman.
Apakah wajar seorang Ulama, Tok Guru atau Mursyid bermati-matian
menentang perpaduan ummah? Malah mempersendakan usaha ke arah perpaduan?
Untuk itu, kita jangan
sekali-kali lupa akan pesanan Rasulullah S.A.W tentang kewujudan Ulama Suk
(Ulama jahat) di akhir zaman:
Daripada Abu Hurairah r.a.
berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang
yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada
orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari
dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis
daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai
tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: “Apakah kamu
tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada
Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan
terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan )
pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”;- (Riwayat Tirmidzi).
1 comment:
Nik Ajis dan Hj Hadi perlu diTARBIAH dulu sebelum cadang nak bermuzakarah....
Post a Comment