Dakwaan 4:
SPR telah mendaftar pemilih yang terdiri
daripada warga asing yang telah mendapat taraf warganegara
Hanya warganegara Malaysia
sahaja yang layak dan berhak untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya di negara
ini. Mereka yang bukan warganegara mustahil
akan dapat mendaftar sebagai pengundi. Sesiapa sahaja warganegara Malaysia dan
berumur 21 tahun dan ke atas yang memohon untuk di daftarkan sebagai pemilih, permohonan
mereka akan diproses sewajarnya melalui sistem komputer dan mengikut tatacara pemerosesan yang ditetapkan di bawah
undang-undang.
Justeru itu, tidak timbul persoalan tentang siapa atau apa jua latar belakang seseorang warganegara
itu apabila ia memohon untuk menjadi
pemilih kerana yang menjadi asas kelayakan ialah seseorang itu mestilah
terdiri daripada warganegara Malaysia dan telah mencapai umur 21 tahun dan ke
atas serta memenuhi apa-apa syarat kelayakan lain yang ditetapkan di bawah
Perlembagaan.
No comments:
Post a Comment