Klip video dibawah diambil dari Malaysiakini didalam satu wawacara stesen tersebut dengan Prof Aziz Bari. Di dalam klip video tersebut dengan terang Prof Aziz Bari memperlekeh kepimpinan Datuk Seri Hadi Awang, Presiden PAS sendiri. Perkara ini bukan direka dan saya tidak melakukan tuduhan atau fitnah. Para pembaca boleh melihat sendiri video dibawah dan membuat penilaian sendiri.
Antara intipati video adalah:
- Public relation Haji Hadi sangat lemah.
- Dikelilingi orang business yang boleh support presiden party.
- Orang PAS dah tanya bila Haji Hadi nak berhenti?
- Haji Hadi terkial-kial nak menang di Marang
- PAS hanya tukang pasang khemah
- Haji Hadi pernah mengkafirkan UMNO
- PAS hanya flip-flop dalam isu negara berkebajikan
- Lawan presiden PAS dianggap pengkhianat
- Ustaz Azizan jauh lebih baik dari Haji Hadi.
Tapi, yang paling menarik, selepas Presiden PAS dikutuk oleh Aziz Bari, berita terkini yang kita terima adalah Pemuda PAS ingin Aziz Bari sertai PAS. Ini pun bukan fitnah atau "spin", sumber cerita adalah dari The Malaysian Insider:
KUALA LUMPUR, 28 Dis — Prof Dr Aziz Bari dipelawa Dewan Pemuda PAS Pusat Malaysia (DPMM) untuk menyertai parti berkenaan bagi meneruskan perjuangannya sebagai Pakar Perlembagaan dan Undang-undang negara selepas menamatkan kerjayanya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) baru-baru ini.
Naib Ketua DPMM, Raja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini berkata, pihaknya mengharapkan agar bekas pensyarah UIA itu dapat menyertai parti komponen Pakatan Rakyat itu supaya dapat terus berjuang mengembalikan sistem negara kepada landasan yang betul dan tepat.
“Kami mengalu-alukan penyertaan beliau ke dalam parti sebagai ahli politik bagi membetulkan sistem negara kerana parti amat memerlukan pengalaman dan ilmunya yang luas dalam bidang perundangan.
“PAS yakin penyertaan Aziz (gambar) akan dapat memberikan manfaat yang baik kerana ilmu yang telah di ajarnya selama ini akan diterjemahkan di dalam membentuk sebuah negara mengikut lunas undang-undang yang sebenar,” katanya.
Menurut Raja Ahmad, perjuangan Aziz dalam memelihara Perlembagaan negara akan akan terus berkembang di bawah PAS.
“Kami yakin dengan displin ilmu yang selama ini diamalkannya akan terus terpelihara kerana Aziz bukan sahaja mengajar malah turut menggubal perundangan itu sendiri,” tambahnya.
Jelasnya lagi, PAS yakin penyertaan Aziz akan memantapkan lagi cita-cita mereka untuk melaksanakan Islam di negara ini.
“Kami masih menunggu keputusan beliau, malah kami tetap menghormati Aziz sebagai seorang yang berpegang teguh dengan pendiriannya,” katanya lagi.
Bekas pensyarah Fakulti Undang-undang UIA ini dalam laporan awal The Malaysian Insidersebelum ini tidak menafikan beliau akan meninggalkan universiti berkenaan ekoran siri tekanan termasuk siasatan terhadap kenyataan beliau menyentuh titah Sultan Selangor dalam kes Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja.
Namun demikian, mengulas berkenaan spekulasi yang beliau akan memasuki arena politik, Aziz memberitahu, “politik sebagaimana akademik adalah medan yang perlu untuk perubahan dalam masyarakat.”
“Tetapi politik bukan bidang yang akan jadi profesyen saya sebagaimana akademik. Saya tetap akan berfungsi sebagaimana sebelumnya, khususnya memberi pandangan, menulis dan seumpamanya. Saya harap saya akan kembali ke dunia akademik meskipun tidak semestinya di UIA,” katanya lagi.
Lu pikir lah sendiri..
Twitter - @kabir_akram
No comments:
Post a Comment