Hari ini saya akan menulis tentang sesuatu yang begitu dekat di hati
saya, iaitu Malaysia. Selalu kedengaran di dalam media pembangkang dan juga
dari pemimpin BN seperti Tengku Razaleigh yang Malaysia ini negara bermasalah,
dari peningkatan kadar jenayah, rasuah, institusi kehakiman dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, untuk betul-betul memahami sentiment RAKYAT di bawah, ”,
Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persektutuan (PPUWP) telah
mengambil inisiatif untuk turun ke bawah dan menemubual rakyat untuk mengetahui
apakah pandangan/pendapat mereka
terhadap negara ini.
Sentimen dari bawah adalah amat jelas, iaitu Malaysia sebuah negara
yang TIDAK bermasalah dan saya bukan mereka-reka perkara ini. Ini dapat
disahkan oleh video dibawah. Video ini telah dirakamkan di Jalan Tuanku Abdul
Rahman (TAR), di tengah-tengah Kuala Lumpur. Pelbagai lapisan masyarakat, dari
agama dan latar belakang ditemubual. Bagi pembaca yang sangsi terhadap
kesahihan video ini, dan ingin menuduh kami membayar para rakyat yang
ditemubual, saya dengan berbesar hati sudi membawa pembaca sendiri menyertai
kami mengelilingi Kuala Lumpur dalam sesi kami yang seterusnya. Lihat sendiri,
apa rakyat dibawah sedang katakan, apa pendapat mereka tentang Pakatan Rakyat,
PAS dan Anwar Ibrahim.
“Malaysia sebuah Negara yang cukup indah, tapi ada macam-macam
masalah, tak perlulah saya sebutkan kerana saya pasti kita semua tahu apa
masalah-masalah ini” – Tengku Razaleigh Hamzah
Ye ke Malaysia ada masalah? Jom tengok apa rakyat kata…
Lu pikir lah sendiri..
No comments:
Post a Comment